Hiburan
"Rambut Panjang Tak Bererti Kurang Ajar, Bertudung Tak Bererti Suci Dari Segala Dosa" - Michael Ang Back Up Anak Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Pengarah dan pelakon Michael Ang menempelak sikap sesetengah netizen yang memberikan komen kurang sopan terhadap penampilan Ahmad Fakhruddin Attar, anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
Penampilan Attar yang berambut panjang dan kelihatan seperti tidak terurus membuatkan 'netizen bawang' terus menyerang keluarga ini di ruangan Facebook.
Menerusi sebuah entri terbaru Michael di laman Instagram miliknya, pengarah drama bersiri Sweet Dreams itu melemparkan pendapat mengenai kritikan yang diterima oleh keluarga Aeril dan Wawa.
"Salam semua! Tak faham aku dengan mulut-mulut orang sekarang. Apoooooo!
"Berambut panjang tak bererti kurang ajar, bertudung tak bererti suci dari segala dosa, berpakaian ala kadar tak bererti tak menghormat orang, yang bersolat lima kali sehari tak bererti tak ada dosa!
"So kau orang fikir-fikirkan dulu sebelum komen yang bukan-bukan berdasarkan satu gambar! Aiyoh! Hurghhhhhh! Salam Jumaat semua! Love you all!" tulis Michael di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pengarah ini dan meminta agar netizen lain menjaga adab ketika menulis di laman sosial.
Terdahulu, menerusi laman sosial Twitter, Aeril berkongsi komen-komen kurang sopan netizen yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga untuk tatapan umum.
“Niat nak muat naik gambar buat kenangan je, haha sekali ambil kau,” tulis Aeril menerusi satu kicauan bersama foto komen kecaman tersebut.
Must-Watch Video