Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Rambut Panjang Tak Bererti Kurang Ajar, Bertudung Tak Bererti Suci Dari Segala Dosa" - Michael Ang Back Up Anak Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Kamaruddin Razal 03/01/2020 | 11:44 MYT
Pengarah dan pelakon Michael Ang menempelak sikap sesetengah netizen yang memberikan komen kurang sopan terhadap penampilan Ahmad Fakhruddin Attar, anak kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
Penampilan Attar yang berambut panjang dan kelihatan seperti tidak terurus membuatkan 'netizen bawang' terus menyerang keluarga ini di ruangan Facebook.
Menerusi sebuah entri terbaru Michael di laman Instagram miliknya, pengarah drama bersiri Sweet Dreams itu melemparkan pendapat mengenai kritikan yang diterima oleh keluarga Aeril dan Wawa.

Salam semua! Tak fhm aku dgn mulut2 org sekarang. Apoooooo! Berambut panjang tak ber Erti kurang ajar, bertudung tak ber erti suci dari Segala dosa, berpakaian ala kadar tak ber erti tak menghormat org, yg bersolat 5 kali sehari tak ber erti tak ada dosa! So Kau org pikir pikir kan dulu sebelum komen yg bukan2 berdasarkan 1 gambar! Aiyoh!!!! Hurghhhhhh! Salam Jumaat semua! Luv u all!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

"Salam semua! Tak faham aku dengan mulut-mulut orang sekarang. Apoooooo!
"Berambut panjang tak bererti kurang ajar, bertudung tak bererti suci dari segala dosa, berpakaian ala kadar tak bererti tak menghormat orang, yang bersolat lima kali sehari tak bererti tak ada dosa!
"So kau orang fikir-fikirkan dulu sebelum komen yang bukan-bukan berdasarkan satu gambar! Aiyoh! Hurghhhhhh! Salam Jumaat semua! Love you all!" tulis Michael di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pengarah ini dan meminta agar netizen lain menjaga adab ketika menulis di laman sosial.
BACA: “Niat Nak Buat Kenangan Je, Sekali…” – Berambut Panjang Ke Sekolah, Anak Aeril Zafril Dikecam Netizen
Terdahulu, menerusi laman sosial Twitter, Aeril berkongsi komen-komen kurang sopan netizen yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga untuk tatapan umum.
“Niat nak muat naik gambar buat kenangan je, haha sekali ambil kau,” tulis Aeril menerusi satu kicauan bersama foto komen kecaman tersebut.
#Michael Ang #Aeril Zafrel #Wawa Zainal
;