,
Hiburan

Rami Malek Tak Mahu Bawa Watak Pengganas 'Beragama' Dalam Filem James Bond

Kamaruddin Razal
04/07/2019
11:50 MYT
Pelakon terkenal antarabangsa, Rami Malek mendedahkan berfikir panjang sebelum bersetuju membawakan watak jahat dalam filem terbaharu James Bond, lapor Astro Awani.
Dalam satu temubual khas bersama Daily Mirror, pelakon dari Mesir itu berkata beliau bimbang watak jahat yang akan dimainkan itu akan dikaitkan dengan agama dan idelogi negaranya.
Oleh itu, beliau telah menyuarakan kebimbangannya dengan pengarah Cary Fukunaga sebelum menandatangani kontrak projek tersebut.
"Ia adalah watak yang hebat dan saya sangat teruja," kata Malek.
"Tetapi ada satu perkara yang saya berbincang dengan Cary sebelum menerimanya.
"Saya berkata, 'Kita tidak boleh mengkaitkan watak itu dengan sebarang keganasan yang mencerminkan ideologi atau agama'.
"Itu bukan sesuatu yang saya mahu. Jika itu sebabnya saya menjadi pilihan, maka saya tidak akan terima," ulas pelakon 38 tahun itu.
Malek sebelum ini memenangi anugerah Oscar bagi lakonannya sebagai penyanyi kumpulan Queen, Freddie Mercury, dalam filem Bohemian Rhapsody tahun lalu.
Filem yang masih belum diberi tajuk itu dan cuma dikenali sebagai "Bond 25" menjadi projek kelima Daniel Craig sebagai ejen rahsia Britain paling terkenal dan memaparkan aksi di Jamaica, kata penerbit.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Film

Ikrar Rami Malek Saat Diumum Gabung di James Bond ke 25

gempak
26/04/2019
05:07 MYT
Hollywood

Black Panther, Rami Malek Menang Lagi, Kali Ini di SAG Awards 2019

gempak
28/01/2019
08:53 MYT
Hollywood

6 Fakta Wajib Tau Tentang Best Actor Golden Globe ke-76, Rami Malek

gempak
08/01/2019
05:38 MYT
Unitar