Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ramlah Ram Dapat Genggam Mikrofon Sendiri Selepas 37 Tahun Jadi Penyanyi!

Amri Hassan
25/10/2023 13:25 MYT
Ramlah Ram akhirnya dapat menggenggam mikrofon peribadinya sendiri selepas lebih 37 tahun bergelar penyanyi.

Kongsi Ramlah menerusi hantaran di media sosialnya, mikrofon terbabit direka mengikut warna kegemarannya iaitu putih dan emas.

"Alhamdulillah. Akhirnya, selepas lebih 37 tahun saya bergelar sebagai anak seni, baru ini kali pertama saya mempunyai mikrofon sendiri.

"Mikrofon ini saya rekakan mengikut warna kegemaran saya, putih dan emas," tulisnya.

Ramlah turut berkongsi beberapa gambarnya bersama mikrofon baharunya itu dan juga reka bentuk mikrofon gabungan warna putih dan emas itu.

Mikrofon itu turut ditempa dengan autograf Ramlah.

#Penyanyi #Viral #Ramlah Ram #Putih #Emas #Mikrofon