Pelakon Ramona Zamzam berkongsi sekeping foto memaparkan rakan baiknya yang juga pelakon Shakilla Khoriri anggun berbaju serba putih, mirip pengantin.

BERITA TRENDING: Shakilla Khoriri Nikah Esok?

Menerusi kapsyen yang ditulis Ramona di Instagram, pelakon itu mendoakan kebahagiaan buat Shakilla.

"Semoga kebahagiaan milikmu Shakilla Khoriri. Sayang kau dan ameena," tulisnya bersama tanda pagar #shakilaxfariz

Hantaran itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang turut mendoakan kebahagiaan Shakilla.



Selain Ramona, bekas isteri Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri turut memuat naik sepotong video di Instagram Storiesnya.

"Masya-Allah congratulations Shakilla Khoriri. You deserved all the stars and the moon," tulisnya.

Semalam, viral di media sosial mengenai Shakilla, 34, bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

Didakwa, lelaki itu merupakan duda anak satu dan merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan sendiri.