Ramona Zamzam Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Mya Amri
Disember 9, 2017 06:13 MYT
Pelakon Ramona Zamzam melahirkan rasa syukur apabila selamat melahirkan bayi perempuan.
Ramona memberitahu berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG)nya beserta foto sebentar tadi.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Ramona mengesahkan dia dan bayi sulungnya kini berada dalam keadaan sihat.
Ramona juga memberitahu anak perempuannya itu selamat dilahirkan pada Jumaat lalu secara normal dengan berat 3 kg.
Selain itu, Ramona juga turut berterima kasih kepada keluarga dan peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka berdua.
“Syukur Alhamdulillah both mommy & baby are in good health. Terima kasih pada semua yang tak henti-henti berdoa utk Ramona & baby. For this love will last an eternity and will not fade, #babyalashkar #raminasbaby,” tulisnya
Dalam pada itu, ruangan komen di foto berkenaan juga dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikut IGnya.
Ramona dan Rami Alashkar berkahwin pada 1 Mei 2015 selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
#Anak #Bersalin #Ramona Zamzam