Penyanyi Wani Kayrie teruja apabila diberikan peluang untuk merakamkan lagu raya berjudul Semangat Lebaran Kita bersama Yonnyboii.
Kata Wani, lebih mengujakan apabila lagu itu diangkat sebagai lagu tema sepanjang bulan Ramadan dan Raya nanti Astro 2022.
"Syukur Alhamdulillah, tidak sampai sebulan single terbaru saya berjudul ‘Kamu Kamu’ dilancarkan, kini saya diberikan kepercayaan sekali lagi oleh pihak Rocketfuel untuk tampil dengan sebuah lagu Raya istimewa bersama Yonnyboii.
"Selain itu, pihak Astro juga berbesar hati melantik saya sebagai duta Ramadan-Raya 2022.
"Lagu ini menceritakan tentang kejayaan rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri dalam era endemik setelah lebih dua tahun terpaksa beraya tanpa keluarga tercinta di kampung halaman. Sekarang tibalah waktu yang dinanti-nantikan oleh semua untuk kembali beraya seperti lazimnya dengan norma baru," katanya.
Bagi Yonnyboii pula, dia menerima pelawaan untuk berduet dalam lagu berkenaan oleh syarikat rakaman Rocketfuel dengan berbesar hati.
"Saya diberitahu oleh pihak label (DefJam Recordings) tentang pelawaan berkolaborasi dengan Wani dalam sebuah lagu Raya dari pihak Rocketfuel, sudah tentu saya menerimanya dengan hati yang terbuka," ujarnya.
Semangat Lebaran Kita dicipta oleh komposer Amy Bong dan penulis lirik Amy Bong dan Bab.
Uniknya, lagu ini hadir dalam rentak yang berbeza dengan bergenre alternatif pop moden dan diserikan dengan petikan instrumen muzik jenis 'akordion' yang jarang kedengaran sekarang.
Sementara itu, video muzik (MV) single ini akan dilancarkan dengan menampilkan sebuah sketsa pendek yang berkonsepkan kemeriahan suasana di pagi Raya.
Lagu Semangat Lebaran Kita boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBOX, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network bermula 22 April ini.
Amri Hassan
Thu Apr 21 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!