HIBURAN
Randy Pangalila Takut Badan Berbau Kerana Aktif Bersukan
Selain terkenal sebagai pelakon, Randy Pangalila diketahui aktif bersukan.
Bintang Qodrat ini malah pernah meraih kemenangan One Pride Championship dan cemerlang di dunia Mixed Martial Arts (MMA). Dia juga sangat mahir dalam sukan tinju, Muai Thai dan larian.
Meski berbangga dengan kelebihan dalam bidang sukan, Randy mempunyai kegusaran.
Lelaki berusia 34 tahun ini mengaku kesan dari aktif bersukan mungkin membuat badannya mengeluarkan bau yang kurang enak.
“Saya pernah rasa insecure kalau ada aroma bau badan yang kurang menyenangkan kerana hobi bersukan.
“Aroma bau badan yang kurang sedap boleh buat saya segan untuk didekati atau bergaul,” katanya seperti dilaporkan InsertLive.
Namun Randy mempunyai cara untuk mengatasi masalah tersebut. Menurutnya, berbanding memakai minyak wangi, Randy memilih untuk memakai body spray.
“Sebab kalau pakai minyak wangi sewaktu badan berpeluh saya rasa ia akan menimbulkan bau tidak sedap. Jadi saya pilih pakai body spray. Baunya juga segar,” kata Randy.