Laman Utama

Rapat Dengan Norman Hakim, Abby Abadi Kongsi Tips Nak Berbaik Dengan Bekas Suami - "Kalau Boleh Selit Kita Selit ..."

gempak
Zulaikha Yusof
18/03/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
Rapat Dengan Norman Hakim, Abby Abadi Kongsi Tips Nak Berbaik Dengan Bekas Suami -  "Kalau Boleh Selit Kita Selit ..."
Hubungan pelakon Abby Abadi, 44, dengan bekas suami yang juga aktor dan pengacara Norman Hakim, 46, sering menjadi tumpuan wargamaya di media sosial.
Keakraban keluarga ini sering mendapat pujian malah dicontohi cara mereka menjaga silaturahim.
Terbaru, Abby ada berkongsi tips untuk berbaik dengan bekas suami selepas hubungan itu berakhir disebabkan penceraian.
"Tips untuk berbaik dengan bekas suami atau bekas isteri?
"Pertama, bagi ambil, tak bagi doa. Kedua kena faham. Lelaki ini tanggungjawab dia besar.
"Dan kita yang perempuan pun apa kurangnya kan? Jadi bertolak ansur. Kita ada rezeki sendiri, jangan berkira dengan anak-anak.
"Ketiga, jangan sibukkan kebahagiaan bekas suami dengan isteri barunya. Biarkan mereka. Kalau boleh selit, tumpang rezeki, selit hahaha.
"Keempat jangan asyik ajak bergaduh ja. Nak ikut tak kena, semua serba tak kena. Kita pun tak sempurna. Jadi mengalahlah dalam banyak perkara. Serah segalanya kepada Allah kerana Dia sebaik-baik penilai.
"Tenangkan hati untuk selalu berbaik sangka dengan Allah," tulisnya di Instagram (IG).
Sementara itu, pelakon drama Maria Mariana The Series meluahkan rasa gembira apabila Norman membayar untuk anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim menduduki kelas memandu.
"Alhamdullillah papanya dah daftarkan untuk ambil lesen motor dan kereta. Jimat duit mama. Ini hadiah paling mahal pernah diberi untuk anak pertamanya ni.
"Syukur! Semoga ada lebih banyak lagi yang datang dari papa okey. Cover hutang lama hehe," tulisnya lagi.
Terdahulu, Abby mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 2002 , tetapi berpisah pada 2008.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 18, Marissa Dania Hakim, 16, dan Maria Danisha Hakim, 13.
Bekas anggota kumpulan Elite itu seterusnya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga. Abby kemudiannya berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 2015.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live