Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rapi, Wanita Ini DIY Pintu Kabinet Dapur Dengan Barang RM2.10

Syafiqah Jalal
18/07/2020 22:25 MYT
Siapa sangka dengan barang harga RM2.10 sahaja wanita ini berjaya DIY pintu kabinetnya sebagai tempat letak barang tambahan.

Pintu kabinet dapur biasa mungkin kelihatan kosong di dalamnya tetapi idea kreatif wanita ini telah menambahkan ruang untuk barang dapur disusun rapi.

Menurut pemilik akaun Facebook milik Effa Zilly Ekieda Full, dia pada mulanya hanya membeli tempat gantung barang itu tanpa tujuan.

Namun setiba di rumah dia mendapat idea untuk melekatkannya di pintu kabinet sebelah dalam.

Hasilnya sangat rapi dan kemas apabila dibuka! Ia menjadi tempat barang seperti makanan tin dan juga span basuh pinggan serta kain lap.

Wanita itu berkongsi foto-foto hasil DIY itu di dalam group dekorasi di Facebook



Rata-rata memuji idea dan dekorasi tersebut sekaligus mendapat inspirasi untuk cabinet dapur mereka.

Berikut merupakan foto-foto hasil kabinet tersebut: