Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan
Maliah Surip
01/09/2024 05:11 MYT
01/09/2024 05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.
Scoop yang banyak menjalin kerjasama dengan rakan artis lain termasuk Missy Elliott menerusi hit Lose Control dan Ciara pengsan sewaktu membuat persembahan sebelum disahkan meninggal dunia.
Dia yang juga pernah bekerjasama dengan Mariah Carey untuk lagu It’s Like That kemudian dikejarkan ke hospital sebelum diumumkan meninggal dunia.
Rapper yang memulakan kariernya pada tahun 90-an tersebut meninggal dunia pada usia 53 tahun, lapor The Guardian.
Sebaik berita kematiannya tersebar, rakan industri termasuk Elliott menzahirkan dukacita.
“Suara dan energi Fatman Scoop telah disalurkan dalam banyak lagu sehingga membuat orang gembira dan mahu berdansa lebih dua dekat.
“Impak yang anda tinggalkan sangat besar dan tak akan dilupakan,” cuit Elliott di X.
Scoop yang banyak menjalin kerjasama dengan rakan artis lain termasuk Missy Elliott menerusi hit Lose Control dan Ciara pengsan sewaktu membuat persembahan sebelum disahkan meninggal dunia.
BERITA TRENDING: Didakwa Pukul Pejalan Kaki Sehingga Patah Gigi, San E Mohon Maaf
Menerusi rakaman video yang tular di platform X, pemilik nama sebenar Isaac Freeman III rebah di belakang meja DJ selepas meminta penonton ‘membuat bising’.Dia yang juga pernah bekerjasama dengan Mariah Carey untuk lagu It’s Like That kemudian dikejarkan ke hospital sebelum diumumkan meninggal dunia.