Seorang rapper dari Amerika Syarikat, J $tash diketahui telah membunuh diri usai menembak mati kekasihnya, Jeanette Gallegos baru baru ini.

Lebih menyayat hati, perempuan tersebut mati dengan ketiga anaknya yang masik kecil iaitu berusia sekitar 7,9, dan 11 tahun berada dalam ketakutan.

Hal itu lantaran ketiga tiganya anaknya berada di sebalik pintu bilik saat rapper yang berasal dari Florida itu membunuh ibu mereka di kediaman yang diduduki bersama.

Menurut Daily Mail, jasad pasangan kekasih tersebut hanya ditemui pihak polis pada 1 Januari 2022 lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa, Gallegos ditemui dengan banyak kesan tembakan, manakala J $tash pula hanya mempunyai satu kesan tembakan.

Tragedi tersebut diketahui selepas salah seorang daripada anak Gallegos menghubungi nenek mereka sebelum meminta bantuan kecemasan daripada talian 911.

Sewaktu kejadian, pasangan yang sama usia 28 tahun itu dikatakan bertengkar sebelum J $tash membawa kekasihnya masuk ke dalam bilik dan terus bergaduh.

J $tash yang juga merupakan teman kepada rapper Lil Wayne menjalin hubungan dengan teman wanitanya sejak lebih setahun lalu.

Kredit Foto: Daily Mail UK