Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rapper Lil Uzi Vert Implan Berlian RM98 Juta Di Dahi: "Ada Banyak $ Di Wajah Saya"

Maliah Surip
06/02/2021 07:50 MYT
Seorang rapper, Lil Uzi Vert melakukan kerja 'gila' apabila memasang implan berlian berwarna merah jambu pada dahinya.

Berita itu disampaikan oleh rapper berusia 26 tahun itu melalui kemas kini video di Instagramnya, @liluzivert yang mempunyai sebanyak lebih 13 juta pengikut, semalam.

Dalam video tersebut, Uzi Vert dilihat bangga setelah berjaya membuat implan berlian yang bernilai RM98 juta itu pada bahagian dahinya.

"Beauty is pain", tulis lelaki itu yang menyifatkan nilai berlian yang ada di dahinya melebihi kesemua nilai kereta dan rumah yang dimiliki.

Uzi Vert sebelum ini mendakwa telah memberi berlian tersebut pada tahun 2017 dan menyifatkan sebaik dipasang pada dahinya, dia 'akan memiliki banyak wang pada wajahnya'.

Pada saat dia berbangga dengan perbuatannya, ramai pengguna media sosial yang menempelak tindakannya sebagai sebuah kerja kurang cerdik.

Ada juga yang menyifatkan perbuatan Uzi Vert menampal berlian pada dahinya sebagai menunjuk nunjuk dan tidak sensitif terhadap keadaan sekeliling dengan banyak manusia yang mengalami masalah kewangan kronik.

Malah ramai yang tertanya bagaimana rapper ini boleh melakukan implan yang disifatkan memerlukan pembedahan besar hanya untuk memasang berlian dengan anggaran saiz sekitar 10 hingga 11 karat itu.

Naib Presiden Association of Professional Piercers, Luis Garcia menerusi laporan Yahoo Life mempunyai jawapannya.

Garcia mengatakan Uzi Vert tidak melakukan pembedahan implan, tetapi pakar tindik telah menintik berlian tersebut dengan teknik yang dipanggil vertical bridge piercing pada dahi lelaki itu.

"Dia melakukan tindik yang digelar vertical bridge piercing, di mana ada sesuatu yang dipasangkan dari dalam hidungnya.

"Ia seperti ada magnet dalam lubang hidung kiri, kemudian berlian pada bahagian dahi dan satu lagu magnet dipasang dalam lubang hidung kanan," ujar Garcia.

Garcia juga mengatakan apa yang dilakukan oleh rapper itu tidak merbahaya, namun dengan saiz sebesar 11 karat yang 'tertampal' pada dahinya, ia tetap mengundang risiko.

"Dengan 'benda' sebesar itu ada pada wajah yang selalu kita gunakan seperti membasuh muka, tidur atau sebagainya, ia akan mudah tersangkut," katanya.

Kredit Foto: Insomaniac

#rapper #Implan #Dahi #Berlian #Lil Uzi Vert