VIRAL

Rare! Plat Nombor '1M' Di UK Ini Rupanya Milik Kerajaan Malaysia, Nilainya Lebih RM6 Juta

Amri Hassan 26/03/2025 | 23:25 MYT
Siapa sangka, plat nombor eksklusif “1M” yang bernilai jutaan ringgit di United Kingdom sebenarnya milik Kerajaan Malaysia!

BERITA TRENDING: Bidaan Nombor Plat 'ANU' Kutip RM2.3 Juta - JPJ Perak

BERITA TRENDING: Siapa Pemilik Nombor Plat Ini?

Plat rare ini digunakan secara rasmi oleh Duta Besar Malaysia ke UK, dan huruf "M" dipercayai melambangkan Malaysia, menjadikannya salah satu plat nombor paling berprestij dalam dunia diplomatik.
Nilai Plat “1M” di Pasaran
Di UK, plat nombor peribadi boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Contohnya:
"25 O" – Pernah dijual pada harga £518,000 (kira-kira RM3.2 juta).
"F1" – Dilaporkan pernah ditawarkan pada harga £10 juta (lebih RM60 juta).
Berdasarkan trend pasaran ini, plat "1M" dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya £1 juta (lebih RM6 juta) sekiranya ia dilelong.
undefined
Walaupun bernilai tinggi, plat nombor ini hampir mustahil untuk dijual kerana ia mempunyai kepentingan rasmi dan berperanan sebagai identiti rasmi kerajaan Malaysia di UK.
Jadi, jika korang terserempak dengan kereta berplat "1M" di London, korang sebenarnya sedang melihat salah satu simbol prestij negara kita di peringkat antarabangsa!
#Malaysia #Mahal #London #Plat #Kedutaan #1M