Senator Datuk Ras Adiba Radzi memberitahu, beliau tidak pernah sekalipun berhenti berharap agar rakannya, Zalina Shaharah Azman yang telah lama menghilang ditemui.
Menurut Ras Adiba, beliau sentiasa berfikiran positif, selain optimis terhadap keberadaan wanita yang pernah bergelar teman sekerjanya itu.
“Saya masih mencari Zalina. Saya rindu Zalina. Sudah bertahun-tahun sebenarnya. Saya optimis yang suatu hari nanti saya akan bertemu dengannya. Mungkin saya seorang yang romantik, selalu fikir yang baik-baik dan positif sahaja.
“Orang lain kata dia mungkin dia dah tiada. Dia ada atau tiada, itu semua kerja Allah bukan kerja kita. Jadi kita usaha. Kalau saya berada dalam keadaan dia (hilang), saya pasti dia pun akan terus mencari saya,” katanya kepada Gempak.
BACA: "Where Are You Zally?" - Bekas Personaliti TV3 Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November
Ras Adiba berkata demikian ketika ditemui pada majlis lawatan Rumah Perlindungan Al-Fattah, Semenyih semalam.
Melanjutkan bicara, Ras berkata, beliau sentiasa mencari Zalina tidak kira di mana beliau berada.
“Ke mana saya pergi pun saya mencari Zalina. Sampai orang kata saya tak betul, saya kata tak apa. Sebab saya pastu Tuhan akan angkat doa saya, untuk saya bertemu sahabat saya.
“Saya selalu kata, sekiranya dia dalam lautan timbulkan dia. Sekiranya dia dalam tanah, tunjukkan dia. Sekiranya dalam hutan, keluarkan dia, supaya kita tahu di mana dia berada.
BACA: Tak Putus Asa! Ras Adiba Terus Menyeru Zalina Azman Pulang - "Telefon Deep Ya Zal, Pulanglah..."
Ras Adiba menambah, sekiranya Zalina ditakdirkan sudah tiada, beliau reda dengan ketentuan.
“Saya reda dengan apa yang Allah persembahkan, dalam masa sama Allah berikan kita minda untuk tidak putus semangat dan harapan bagi mencari dia. Kalau dia tiada, saya akan terima apa Yang Maha Esa lakarkan,” katanya lagi.
Zalina yang pernah mengendalikan program Money Matters disyaki hilang apabila gagal dihubungi oleh ahli keluarganya.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November 2021.
Izwan Isa
Sat Jun 03 2023


GV10: Jaga-Jaga Juara, Bukan 5 Tapi 6 Peserta Hot Seat Ini Memang Fighter
Wow!

GV10: Peserta Pilihan Peminat, Liza Hanim Lengkapkan Hot Seat All Stars Gegar Vaganza
Memang mengejutkan!

GV10: Paling Legend! Zamani Bakal Buat Peserta All Stars Gegar Vaganza ‘Kerja Kuat’
Goodluck!

GV10: Ezad Lazim Diumum Peserta Ke-4 Hot Seat All Stars Gegar Vaganza
All the best!

GV10: Memang Sengit! Nikki Palikat Ikut Lolos Hot Seat All Stars Gegar Vaganza
Tahniah!

GV10: Suki Low Tepati Ramalan Masuk All Stars Gegar Vaganza Melalui Hot Seat
Pilihan tepat!

GV10: Jadi Peserta Hot Seat Pertama, Tomok Tak Simpan Taring
Wah memang power!

Jihan Muse Is Back! GV Bergegar Dengan 3 Hos Unggul ; Nabil & Elly Mazlein
Jihan Muse is back!

Umur Sudah 70, Hulk Hogan Kahwin Lagi
Bekas bintang WWE, Hulk Hogan dilaporkan selamat berkahwin dengan kekasihnya, Sky Daily dalam sebuah majlis kecil yang berlangsung di Clearwater, Florida.

GV10: “Semoga Terus Cemerlang, All The Best Adikku” - Bahang Kian Terasa! Anuar Dan Ziana Zain Pun Dah Wish Noryn Aziz
Wah Ziana dan Anuar Zain pun beri sokongan tau.