Berita

Rasa Badan Macam Ikan Paus, Atikah Suhaime Tolak Tawaran Berlakon

gempak
ZULHILMI JALIL
11/11/2020
04:15 MYT
Sponsor Banner
Rasa Badan Macam Ikan Paus, Atikah Suhaime Tolak Tawaran Berlakon
Pelakon Atikah Suhaime mengakui dirinya terpaksa menolak banyak tawaran lakonan ekoran tidak yakin dengan bentuk badannya sekarang ini yang semakin membesar.
Menurut Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime, 29, masalah yang dilaluinya itu secara tidak langsung menjejaskan semangatnya untuk terus muncul di kaca televisyen.
"Saya sedih kerana sekarang saya sudah gemuk. Saya tidak pernah gemuk sebelum ini.
"Jadi, saya asyik tolak tawaran lakonan yang datang kerana merasakan kelihatan besar seperti paus di televisyen sekarang," katanya menerusi satu entri di Insta Story miliknya.
Bagaimanapun, Atikah tidak menjelaskan punca penambahan berat badannya itu.
Gempak cuba menghubungi Atikah bagi mendapatkan komen lanjut, namun sehingga artikel ini ditulis, pesanan WhatsApp yang dikirim kepadanya belum berbalas.
Dalam pada itu, kata Atikah, kegembiraan yang sering ditonjolkan di media sosial hanyalah sebagai salah satu usahanya untuk mengubat kesedihan yang dialaminya selama ini.
"Saya sangat sedih kerana tidak boleh pulang, rezeki saya di sini. Saya tidak tunjuk kesedihan di Instagram. Saya tunjuk posting yang menggembirakan bukan sebab saya mahu menunjuk-nujuk, tetapi kerana itulah cara saya atasi rasa down setiap hari.
"Saya akan tengok balik posting di Instagram dan yakinkan diri bahawa saya gembira. Maaf jika anda rasa saya ingin menunjuk-nunjuk, sebab saya benar-benar cuba menggembirakan diri," katanya.
Terdahulu, di Instagram, Atikah sering dilihat berkongsi momen-momen indah bersama kekasih hatinya, Datuk Lokman Teh di Instagram.
"Lagi satu, berhenti tanya bila saya akan kahwin, ibu bapa saya di Singapura, macam mana nak kahwin?," jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024