Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rasa Insecure Sebab Lebat Sangat? Ini Lima Prosedur Boleh Hilangkan Bulu Kaki

Mya Amri
02/08/2023 08:55 MYT
Normal bagi kaum lelaki untuk mempunyai buli kaki tetapi tidak bagi wanita ya!

Kadang-kadang bulu kaki yang tumbuh lebat pada wanita boleh menyebabkan diri berasa insecure tau.

Wanita mana yang tak rasa risau atau rimas bila ada ‘rambut’ di bahagian kaki kan.

Di sini kami kongsikan lima prosedur yang boleg dilakukan untuk menghilangkan bulu kaki secara kekal.

1. Penggunaan laser

Salah satu cara popular yang digunakan masa kini ada penggubaab laser.

Tidak hanya pada bahagian kaki, malah boleh juga digunakan pada bahagian badan yang lain seperti kulit wajah.

Perawatan ini akan menggunakan sinar laser tinggi haba yang akan merosakkan folikel bulu pada kulit sekali gus menghentikan pertumbuhan rambut lama serta baru.

Meskipun ada potensi untuk bulu tumbuh kembali, ia makan masa beberapa bulan atau tahun.

2. Elektrolisis

Cara ini hampir sama dengan laser kerana prosedur

ini juga bertindak dengan cara merosakkan folikel bulu pada kulit sekali gus menghentikan pertumbuhan rambut lama serta baru.

Cuma yang membezakannya adalah cara ini menggunakan gelombang frekuensi bunyi dengan nada tinggi yang akan bergerak melalui jarum bersaiz halus kepada folikel bulu pada kulit anda.

Walaupun ada potensi untuk bulu tumbuh kembali, ia makan masa beberapa bulan atau tahun.

3. Penggunaan Krim Dengan Preskripsi

Jika anda mahukan prosedur yang lebih menjimatkan masa dan wang maka altenatif ini mungkin lebih sesuai.

Kalau nak tahu ada krim buang bulu yang hanya perlu untuk dilumur dan disapu pada kulit sahaja.

Menurut kajian, prosedur ini mampu untuk bertahan sekurang-kurangnya 8 minggu atau 2 bulan. Memandangkan ia lebih cepat dan murah, maka senang untuk anda mengulangnya di rumah.

4. Penggunaan Bahan Kimia Depilatori

Selain krim buang bulu yang telah dipreskripsikan oleh doktor tadi, anda juga boleh menggunakan prosedur bahan kimia depilatori yang berfungsi dengan cara agak berbeza.

Prosedur ini tidak merosakkan folikel bulu pada kulit, bahan kimia ini akan mensasarkan unsur protein di dalam rambut anda iaitu keratin. Kesannya, bulu akan gugur secara sendiri.

Justeru, adalah penting untuk anda cuba bahan kimia ini dalam kuantiti kecil untuk elak kesan sampingan.

5. Prosedur Waxing atau Tweezing

Yang terakhir adalaah prosedur waxing atau tweezing. Jika anda tidak tahu tentangnya, dapatkan info dan nasihat daripada pakar.

Prosedur ini bertindak dengan cara mencabut terus akar bulu dari folikel. Bergantung kepada tahap kecepatan bulu anda tumbuh, keputusannya juga mungkin berbeza.

Apa yang lebih menarik adalah prosedur ini juga boleh dilakukan pada bahagian tubuh badan lain.

Sumber: hellodoktor

#Gaya Hidup #wanita #Lifestyle #Insecure #Prosedur #Bulu Kaki
;