“Rasa Kecil Sangat Diri Ini”- Elizad Join Pagi Di Sinar Bersama Jep, Rahim & Angah
Syafiqah Jalal
30/08/2022 04:55 MYT
30/08/2022 04:55 MYT
Pelakon dan penyampai radio Elizad bersyukur kerana diberi peluang untuk mengendalikan segmen pagi di radio Sinar dalam Pagi Di Sinar bersama Jep Sepahtu, Rahim dan Angah.
Elizad yang sebelum ini mengendali segmen Duo Sinar bersama Hefny Sahad menganggap ia rezeki buat diri dan keluarganya meskipun banyak perkara yang perlu dipelajari.
“Syukur padaMu Ya Allah dengan rezeki & pemberianMu yang tidak pernah habis-habis. Dari DUO SINAR akan bersama dengan mereka2 yg hebat ini PAGI DI SINAR seperti Jep , Rahim dan Angah.
“Rezeki buat saya dan keluarga kecil saya . Terus usaha , tawakal dan berdoa . Allah bagi peluang bekerjasama dengan mereka yang popular dan hebat ini . Rasa kecil sangat diri ini .
Banyak yang perlu dipelajari,” katanya.
Elizad yang juga seorang pengacara itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dalam masa yang sama, Elizad turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berjanji akan melakukan yang terbaik.
“Terima kasih buat semua yang terus mendoakan. Thank You team and all the bosses for this opportunity .Will do my best to learn & work hard,” tulisnya lagi.
Elizad sudah bermula tugasannya dalam segmen Pagi Di Sinar sejak semalam bermula jam 6 hingga 9 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Rombakan itu bukan sahaja untuk segmen Pagi Di Sinar malah untuk segmen lain juga. Peminat boleh terus berhibur dengan segmen ‘Duo SINAR’, menampilkan Hefny dan Falyq, gandingan baharu pada setiap Isnin hingga Jumaat, dari 3 petang hingga 7 malam.
Sementara itu, pada waktu malam pula, peminat SINAR ditemani Putra Anuar, personaliti baharu SINAR yang juga gemar mencipta kandungan di aplikasi TikTok. Putra akan bersama pendengar di segmen ‘R&R SINAR’, setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8 malam hingga 12 tengah malam dan akan membawakan Berita sukan, perkongsian trivia dan topik menarik, serta pilihan lagu-lagu terbaik.

Menerusi entri itu dia berkongsi kembali video yang dimuat naik Sinar yang menunjukkan secara rasmi dia disambut untuk ke segmen pagi.