“Rasa Lain, Dah Bulat” - Ini Cara Elizad, Kongsi Tips Diet Untuk Muka

Mya Amri
Mei 14, 2020 09:19 MYT
Pelakon Siti Elizad mengakui berasa sedikit perubahan yang berlaku pada dirinya apabila sudah mula berkerja.
Elizad berkongsi perkara itu menerusi posting di akaun Instagramnya.
Menurut Elizad, perubahan itu mula rasainya apabila melihat bentuk wajahnya yang semakin berisi.
Selain itu, Elizad juga berkongsi tips diet mudah untuk pengikutnya.
“Dah mula kerja. Rasa lain dimakeup - makeup!Muka dah bulat. Dah boleh mulakan diet untuk muka.
“Tips cara mokcik, dah boleh kurangkan masin dan gula (NO MORE MANIS-MANIS, kek-kek dan cokelat lah jawabnya!) Minum air kosong banyak-banyak! Boleh cuba,” kongsinya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji kecantikan Elizad biarpun wajahnya berisi.
“Ala awak bulat pun comel je,” usik @_syaidatulmariam
“Bulat ke segi empat ke yang penting sentiasa cantik dan molek,” tulis ila_adilla
#Siti Elizad