“Rasa Lebih Mudah Untuk...”- Buang Panggilan PU, Syed Bakri Mahu Mula Kehidupan Baru

Syafiqah Jalal
Mei 8, 2020 04:55 MYT
Juara Pencetus Ummah musim 2015 (PU 2015), Syed Bakri akui selepas ini dia tidak akan lagi menggunakan panggilan PU di dalam pangkal namanya.
Menurut Syed Bakri dia mengambil keputusan tersebut apabila merasakan ia lebih mudah untuknya menjalankan kerja berdakwah tanpa mengaitkan dengan apa-apa gelaran.
”Tiada lagi PU Syed di Instagram (IG) ni ya, lepas ni di Facebook (FB) pun sama.
”Ambe (saya) gunakan nama ambe sendiri, ambe rasa lebih mudah untuk jalankan kerja dakwah, mengajak dan menegur tanpa kaitkan dengan gelaran atau apa-apa jawatan,” katanya.
Syed Bakri berkongsi perkara tersebut di akaun IG miliknya.
Pun begitu, Syed Bakri berkata dia bersyukur selama lima tahun menggunakan gelaran itu dia melalui pelbagai pengalaman suka duka.
”Alhamdulilah , hampir 5 tahun letak 2 huruf di depan iaitu PU, banyak suka duka yang ambe dapat.
”Insya-Allah selepas ini panggil ambe Syed Bakri ya, ambe baru nak mula kehidupan yang baru,” katanya lagi.
#PU Syed #NAMA #Panggilan