Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

“Rasa Macam Jantung Nak Gugur...”- Noraniza Idris Menangis Kerana….

Syafiqah Jalal 28/08/2019 | 04:11 MYT
Penyanyi Noraniza Idris terkejut apabila anak didiknya dalam persatuan Malay World Culture Paradise (MWCP) telah berjaya membuat ‘prank’ sempena menyambut hari lahirnya semalam.
Noraniza yang merupakan pengasas persatuan tersebut memberithau ‘prank’ itu menjadi kerana dia sendiri lupa akan tarikh hari lahirnya kali ini.
“Prank..! Prank..! Prank..! Tiap-tiap tahun kena prank dengan budak-budak. Tau tak kenapa punca utamanya? (1) Tak kisah nak ingat hari bulan (2) kerja nombor 1 .
“Jadi bila jadi kerja masa dekat-dekat program nasib-nasiblah. Macam ni jauh lagi nak sampai hari ni pun dijadikan bahan Prank (3). Jarang-jarang dapat notification birthday sebab tak suka set dan ingat (4) Melibatkan mak-mak dan anak-anak MWCP ni tak boleh lari dr kena prank.. sebab mereka kaki PRANK.. (5) Homestay dekat. Lain kali duduk jauh-jauh baru mereka tak boleh prank,” tulisnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu Irama Malaysia itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian terbabit, Noraniza turut berkongsi rakaman video saat dirinya dikejutkan dengan satu pergaduhan antara dua orang anak didiknya hingga mereka hampir bertumbuk.
Menurut Noraniza, pengalaman terbabit tak dapat dilupakan kerana merasakan seperti jantungnya hampir gugur apabila ia berlaku di hadapan matanya.
Namun, perasaan itu bertukar kepada terharu serta membuatkan dia mengalirkan air mata apabila salah seorang anak didiknya muncul dengan membawa sebiji kek dan dia akhirnya berasa lega kerana mendapati ia hanya ‘prank’.
“Tau tak apa rasa masa kena prank kali ini.. Rasa macam jantung nak gugur. Sebabnya (1) buat kat luar jalan raya dekat rumah jiran-jiran habis semua takut tutup pintu intai dari tingkap (2) waktu malam jam 9.00. (3) bertanya pada diri sendiri apalah salah MWCP didik anak-anak semua jadi suka bergaduh ni.. Patutnya modal insan mestilah bertambah erat (4) Rasa macam nak gave up buat MWCP sebab malu diri sendiri gagal didik anak MWCP baik-baik.
“Inilah antara rasa dalam hati @noraniza_idris . Memang jenis jujur lurus bendul sebab tu senang kena prank.
“Haji Jeff (suami) pun jadi kepala prank conduct bukan main lagi tangan dia kat belakang tu.. Bertuah budak-budak ni tau..
“Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak semua keluarga @malay_world_cultural_paradise ku sayang. Sentiasa saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. Prihatin. Saling hormat menghormati. Saling tolong menolong. Alhamdulillah syukur dapat keluarga besar yang benar penuh dengan kasih sayang,” tulisnya lagi.
Rata-rata pengikutnya juga turut terharu melihat prank yang dilakukan oleh mereka.
Noraniza turut dihujani ucapan hari lahir yang jatuh pada 27 Ogos.
Malay World Culture Paradise merupakan sebuah persatuan yang menggerakkan kempen untuk menghidupkan semula muzik Irama Malaysia.

Prank .. ! Prank..! Prank..! Tiap2 tahun kena Prank dgn budak2. Tau x kenapa punca utamanya ? (1) Tak kisah nk ingat haribulan (2) kerja nombor 1 . Jadi bila jd kerja masa dekat2 program nasib2 la. Mcm ni jauh lg nk sampai harini pun di jadikan bahan Prank (3). Jarang2 dpt notification bday sebab tak suka set dan ingat (4) libat mak2 dan anak2 MWCP ni tak boleh lari dr kena Prank.. sebab mereka kaki PRANK..? (5) Homestay dekat. Lain kali duduk jauh2 baru diorg x boleh prank. Tau x apa rasa masa kena Prank kalini.. rasa mcm jantung nak gugur. Sebabnya (1) buat kat luar jalanraya dekat rumah jiran2 habis semua takut tutup pintu intai dr tingkap (2) waktu malam jam 9.00. (3) bertanya pd diri sendiri apa lah salah MWCP didik anak2 semua jd suka bergaduh ni.. patutnya modal insan mesti la bertambah erat (4) rasa mcm nak gave up buat MWCP sebab malu diri sendiri gagal didik anak mwcp baik2.. . Ini lah antara rasa dalam hati @noraniza_idris . Memang jenis jujur lurus bendul sebab tunsenang kena prank. Haji jeff pun jd kepala Prank conduct bukan main lg tangan dia kt belakang tu.. bertuah budak2 ni tau.. apapun terima kasih banyak2 semua keluarga @malay_world_cultural_paradise ku sayang. Sentiasa saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. Prihatin. Saling hormat menghormati. Saling tolong menolong. Alhamdulillah syukur dapat keluarga besar yg benar2 penuh dgn kasih sayang. . #mwcp aktiviti berkumpul dalam sebuah program ini diadakan sempena Nguri-Uri Budaya Jawi Merdeka Fleastar 2019 Sabtu & Ahad dr jam 9.30 pg - 5.30 ptg bertempat di @minimalaysiaasean. Dibawakan bersama oleh @azharscootermotor & @noraniza.idris.production.vent @save.irama.malaysia @nipvmania @noraniza_idris . Rakaman prank ini diadakan pada 24 Ogos , 9.30 mlm di Homestay Taman Idaman Durian Tunggal Melaka.

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on

#Penyanyi #Noraniza Idris #Birthday #Penyanyi #Prank