Laman Utama

“Rasa Macam Korek Hidung Je” - Wawa Zainal Dan Semua Kakitangannya Buat Ujian Saringan COVID-19

gempak
Azwa Rahman
22/11/2020
01:43 MYT
Sponsor Banner
“Rasa Macam Korek Hidung Je” - Wawa Zainal Dan Semua Kakitangannya Buat Ujian Saringan COVID-19
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal mewajibkan semua kakitangan di bawah seliannya untuk melakukan ujian saringan COVID-19.
Menerusi laman sosial Instagram, Wawa berkongsi sebuah video sesi pengambilan ujian tersebut untuk tatapan umum.
“Done swab test untuk semua staff Wawa. Alhamdulillah tak sakit pun. Korang bila lagi? Rasa dia umpama korek hidung je, serius,” tulisnya sebagai kapsyen.
Wawa turut mengambil kesempatan memberikan penghargaan kepada klinik tersebut kerana memberikan keputusan ujian saringan pada hari yang sama.
“TQSM @kumpulan_megaklinik_zahran hari yang sama dapat result,” katanya lagi.
Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, menunjukkan giliran Wawa mengambil ujian dan proses itu berjalan dengan lancar.
Walaupun sampai berair mata, kelihatan Wawa tersenyum selepas sampel tersebut diambil daripada hidungnya.
Di ruangan komen, ramai wargamaya yang turut berkongsi pengalaman mengambil ujian saringan.
Malah, ada yang turut memuji kecantikan Wawa biarpun dalam keadaan sedang menahan nafas ketika alat khusus dimasukkan ke dalam lubang hidungnya.
“Betul, tak sakit pun. Kita dah dua kali ambil swab test, alhamdulillah okay je, rasa nak terbersin sikit je,” tulis seorang wargamaya.
“Tak sakit pun kalau masuk ikut lubang hidung. Tapi masa dia swab dalam mulut tu tak tahan. Meleleh terus air mata,” komen seorang wargamaya.
“Tak faham betul, kena jolok hidung pun masih maintain cantik ye,” puji seorang wargamaya.
“Goob job Wawa dan team! Steady je Wawa kena jolok dekat hidung,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan daripada warga Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live