“Rasa Macam Mimpi!”- Raqib Umum Tasha Manshahar Hamil

Syafiqah Jalal
Disember 12, 2018 23:46 MYT
Selepas mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu, penyampai radio Zayan, Raqib Majid mengumumkan isterinya Tasha Manshahar kini hamil.
Raqib mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram peribadinya.
Penyanyi nasyid itu juga memberitahu ia bagai mimpi apabila mendapat tahu dalam rahim isterinya kini mengandungi zuriat mereka.
“SUBHANALLAH. Segala puji bagi ALLAH, Ada 'Raqsha Junior' dalam rahim isteri saya. Rasa macam mimpi,” tulisnya
Raqib turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta pengikutnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
#Hamil #Tasha Manshahar #Mengandung #Hamil #Raqib Majid