“Rasa Macam Mimpi” - Sherry Ibrahim Terkejut Dapat Video MK K-Clique

Mya Amri
Julai 20, 2020 13:20 MYT
Pelakon Sherry Ibrahim tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila mendapat ucapan daripada anggota kumpulan K-Clique, MK.
Sherry berkongsi rasa gembiranya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Sherry, dia berasa sungguh terkejut dan tidak menyangkan MK memberikan ucapan kepadanya.
“Oh My God saya terkejut mendapat video ni! Memang tidak terkata. Terima kasih @hairiwhuut,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, Sherry juga membalas respon rakan-rakannya mengenai video tersebut.
“Mimpi kadang-kadang menjadi kenyataan” tulis Sherry membalas komen Betty Rahmad.
Dalam perkembangan terbaharu, Sherry kini sebuk menguruskan spa rambut miliknya.
#Sherry Ibrahim #MK K-Clique