Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Rasa Macam Nak Demam, Mulalah Aku Terfikir Adakah..." - Pengarah Drama Nur Paranoid Gara-Gara COVID-19

ZULHILMI JALIL 19/03/2020 | 08:49 MYT
Pengarah Shahrulezad Mohameddin mengakui dirinya mula menjadi seorang yang paranoid gara-gara penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Shahrulezad yang juga penerbit Radius One Sdn. Bhd itu berkata, dia mula terfikir mengenai kebarangkalian dirinya dijangkiti virus tersebut walaupun sekadar berasa tidak sedap badan.
"Lepas Asar (semalam), badan abam rasa tak sedap. Rasa macam nak demam. Haaa... Mulalah aku paranoid.
"Mulalah aku terfikir adakah akn kena COVID-19? Kalau betul terkena macam mana aku boleh kena.
"Mulalah aku teringat butang liflah, tombol pintu kedailah. Duit kertaslah. Makin fikir, makin cemas. Mesti kejap lagi anxiety kacau aku," ceritanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Abam nak bagitahu ni. Lepas asar tadi tetiba badan abam rasa tak sedap. Rasa macam nak demam. Haaa...mula la aku paranoid. Mula la aku terfikir adakah akan kena Covid 19? Kalau betul terkena macam mana aku boleh kena. Mulalah aku teringat butang lif la. Tombol pintu kedai lah. Duit kertas la. WHO cakap virus ni boleh merebak thru airborne la. Haishh...makin pikir. Makin cemas. Dah lah abam sorang pulak kat umah ni. Bini pulak...eh...aku mana ada bini ???. Huhuhu...kompom jap lagi anxiety kacau aku. Menangis kat bucu katil lagi ker apa malam karang sebab takut nak mati ? Anyway abam baru telan dua bijik actifast dengan harapan malam ni berpeluh. Abam rasa abam kena kuarantinkan diri abam kat rumah buat sementara waktu. At least kalau mengikut SOP WHO tujuh hari hingga dua minggu kena stay at home. Harap harap esok abam okie lah. Kalau tak okie. Baru kita fikir next step apa. Abam harap badan abam ni tak sedap/dedor (org Mahattan cakap) hanya disebabkan cuaca skrg terlalu panas dan abam byk sangat duduk dalam aircond kat bilik. Kurang minum air pulak tu. Maybe abam dehydrate agaknya. Korang jangan risau okie. Abam cuba untuk tidak menjadi panic. Abam tawakal jer pada Allah. Yg penting kita kena dengar saranan kerajaan. Stay put. Jangan nak menggeletis sangat keluar jumpa kawan atau family. Korang semua jaga diri tau. Kalau sayangkan family dan kawan kawan. Ikut saranan kerajaan tu. Duduk rumah jangan keluar. Dua minggu jer pun. Muah muah. Nunite. Malam ni abam cuba nak tidur awal sebelum aku bertambah paranoid fikir yg bukan bukan. Salam sayang untuk semua.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Begitupun, katanya, dia akan terus mengambil pendekatan untuk terus kekal berada di dalam rumah sahaja untuk tempoh dua minggu selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
"Abam rasa abam kena kuarantinkan diri abam kat rumah buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya kalau mengikut WHO (pertubuhan kesihatan sedunia), tujuh hari hingga dua minggu kena duduk dalam rumah.
"Abam harap badan abam ini tak sedap hanya disebabkan cuaca sekarang terlalu panas dan abam banyak sangat duduk dalam bilik pendingin hawa, kurang minum air pula tu, mungkin dehidrasi. Korang jangan risau okay, abam cuba untuk tidak menjadi panik," luahnya.
Perkongsian pengarah drama Nur itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mendoakan kesihatannya dan meminta agar dirinya tidak terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan.
"Makan ubat, minum air masak, rehat. Jangan banyak sangat fikir ya, insya-Allah baik-baik sahaja," tulis salah seorang pengikutnya.
Apapun jangan lupa, pastikan anda selalu mencuci tangan, gunakan 'sanitizer' dan kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Pengarah #Shahrulezad #COVID-19
;