Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Rasa Menyucuk-Nyucuk, Bisa Macam Nak Pecah" - Mak Engku

Ernalisa 26/11/2024 | 13:55 MYT

Pelakon veteran Mak Engku kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan mengambil tulang sum-sum beberapa hari lalu.

BERITA BERKAITAN:Tulang Belakang Leher Patah Terjatuh Di Tandas, Mak Engku Akan Jalani Rawatan Ambil Tulang Sum-Sum

BERITA BERKAITAN:Aqasha Perform Lagu ‘Ku Cari Damai Di Hati’ Buat Peminat Tak Keruan - “Merdunya, Please Buat Lagu Baru”

BERITA BERKAITAN:AKHIL MIKHAIL & TOMOK - SUDAH KU TAHU | THE CHOSEN ONE

Mak Engku atau nama sebenarnya Ku Faridah Ku Shafie ketika ditemui Gempak berada dalam keadaan lemah namun tetap cuba mengukir senyum melawan kesakitan.

"Tiba masa emak berehat. Sebelum ini leka bekerja, jadi Tuhan mahu emak berehat," ringkas kata-katanya menyapa tetamu yang menziarah.
Tambah Mak Engku, kesakitan yang ditanggungnya ketika ini dianggap sebagai sebahagian daripada ujian hidup.
"Saya anggap ini semua ujian dari Tuhan buat saya supaya ingat pada-Nya. Mungkin sebelum ini saya alpa.
"Ini semua tanda supaya ingat dosa-dosa saya. Saya anggap ini semua asbab nak hapuskan dosa-dosa saya selama ini," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan sama, Mak Engku kini masih bergantung kepada ubat tahan sakit selepas pembedahan terbabit.
"Selepas jalani proses tulang sum-sum, dari tengkuk sampai kebawah semua sakit-sakit... bisa macam nak pecah.

"Sebab itu doktor bagi ubat tahan sakit, kalau tidak, saya nak tidur pun tak boleh. Terlalu sakit.

"Dekat dada ni pun sakit sangat macam ada menyucuk-nyucuk. Tak tahan rasanya," kongsi Mak Engku sayu.
Mak Ungku yang telah 16 hari dirawat di Hospital Sungai Buloh sehingga hari ini masih menunggu keputusan hasil ujian makmal.
Katanya dia reda dengan apa jua keputusan dan sebarang penyakit yang bakal dihadapi.

"Saya berlapang dada Insya-Allah, apa pun keputusan doktor nanti saya terima.

"Tetapi tadi dokteor ada beritahu yang saya akan sihat, saya juga dinasihatkan jangan terlalu banyak berfikir," katanya.
Dalam pada itu Mak Ungku berkata, sepanjang menerima rawatan di hospital ketiga-tiga anak menjaganya secara bergilir-gilir.

#Rasa #Mak #Engku #menyucuk #nyucuk
;