,
Berita

Rasa Mual, Tangan Jadi Sejuk Teramat Tapi Akhirnya Amy Search Berjaya Tawan Puncak Annapurna

Elrafaei Sapi
24/04/2018
15:43 MYT
Kehebatan penyanyi rock terkenal, Amy Search bukan saja pada vokalnya tapi kini beliau berbangga dengan pencapaian menawan antara puncak gunung tertinggi di dunia, Annapurna, Nepal baru-baru ini.
Kisah pendakian penuh mencabar ini dikongsi Amy menerusi Instagram (IG) akaunnya sejak 7 April lalu ketika mula menjejakkan kaki di Kathmandu.
Jelasnya, perjalanan ke Annapurna Base Camp (ABC) mengambil masa selama 4 hari dan lebih istimewa dia turut ditemani isterinya, Norhasniza Hassan.
Ekspedisi tersebut bukan semudah yang disangka kerana Amy juga ketika sampai di Machhapuchhre Base Camp, dia tiada selera untuk makan tengahari kerana mengantuk dan rasa mual.
Di sebalik perjalanan tersebut, Amy berkesempatan sedekah buku dan coklat untuk kanak-kanak ketika mereka singgah di kawasan Chomrong, Annapurna yang terdapat sekolah kecil seperti sebuah pondok durian.
Dalam satu entri statusnya itu, Amy memberitahu tangan berasa sejuk teramat selepas salji berhenti ketika jarak ABC hanya 200 meter.
"Cuaca bertmbah sejuk lgi bila kabus mula turun dn ABC dh tiada dlm pandangan. Jika sblom ni setiap 10langkah aku berhenti kelelahan tpi kini 3langkah aku berhenti amik nafas.
"3langkah degupan jantung aku rasakn mcm baru lps lari 100meter. Ini sema sbab oksigen yg smakin nipis. Memang gila tpi aku tk gila, aku tk pernah ada rasa putus asa atau kesal dn aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku," katanya.

Saat ini ABC hnya lbih kurang 200meter dri pandangan dn salji pun turun. Aku bersama Raj, Loe dn Jamal. Raj porter dn sweeper utk pastikan semua dlm keadaan steady. Masa salji turun happy sngt rasa. Aku ckp kt Jamal kita pelan2 kayuh. Aku ingat lgi terjumpa dua org peminat cina pesan jgn kelam kabut atau erti kata utk elakkan terkena EMS. Lps salji terhenti keadaan jdi sejuk dn dpt aku rasa tangan aku rasa sejuk yg teramat. Aku ckp kt Loe aku perlu mountain jacket pda porter Gopal dn Loe beri gloves utk aku pakai. Loe terus jln dulu utk inform porter Gopal hntar mountain jacket aku. Cuaca bertmbah sejuk lgi bila kabus mula turun dn ABC dh tiada dlm pandangan. Jika sblom ni setiap 10langkah aku berhenti kelelahan tpi kini 3langkah aku berhenti amik nafas. 3langkah degupan jantung aku rasakn mcm baru lps lari 100meter. Ini sema sbab oksigen yg smakin nipis. Memang gila tpi aku tk gila, aku tk pernah ada rasa putus asa atau kesal dn aku tau aku akn smpai di situ, ini impian aku. Wife dn yg lain semua nya dh smpai cuma aku dn Jamal jer. Aku terasa panic bila aku tngok Jamal dh mula mcm nk muntah, tulang pinggul kiri kanan aku mula terasa menarik dn tiba2 berbunyi 'ting' di belakang telinga aku. Aku berhenti amik nafas yg dlm. Porter Raj dtg bertnya aku ok tk? Smbil merenung mata aku. Raj bagi jacket dia utk aku pakai dn beri aku air halia suam dn coklat. Dlm perjlnan porter Raj ckp nourish on walkie talkie nk ckp dgn aku. Wife aku ckp " sayang u cn do it" aku jwp I will be there tpi dia bunyi dlm kebimbangan sbab aku tnpa mountain jacket dn suhu smakin lama smakin sejuk. Hujung nafas aku terasa perit tpi terus melangkah. Seminit lps tu porter Milan dn porter Purna smpai dgn mountain jacket dn bantu aku jln menuju ke puncak impian yg hnya 100meter di hadapan. Saat2 terindah itu akhir nya smpai jua. Isteri mnyambut aku di gerbang itu. keadaan yg berkabus tebal melindungi puncak gunung Annapurna tiba2 terbuka mnyambut kedatangan aku... begitu lah kebesaran Allah. Syukur Alhamdulillah ... #sar #summitattackresources #amysearchconqueredannapurnabasecamp #amysearchroadtoabc #phewiiit® #phewiiitbyamysearch® #nepal #trekking

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Nyata, semangat Amy pada usia emas cukup kental untuk berusaha menawan puncak gunung ABC dan ia sepatutnya menjadi pembakar semangat pada orang lain untuk berjaya sepertinya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @aku.amysearch
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal disiarkan Secara Tidak Sengaja”- RTM

gempak
02/08/2024
01:50 MYT
Perlawanan badminton perseorangan lelaki peringkat kumpulan antara atlet Israel dan Nepal disiarkan secara tidak sengaja dalam tempoh kurang daripada lima minit di Saluran Olimpik 4 RTMKlik pada malam Rabu lepas.
Berita

Pesawat Terhempas Di Nepal, 22 Mangsa Ditemui

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Sejumlah 22 mangsa selepas sebuah pesawat yang membawa mereka terhempas di Nepal pada Rabu telah ditemukan, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan Kathmandu Post.
Hiburan

“Jenama Search Merupakan Satu Institusi Yang Orang Boleh Rujuk” - Nasir Search

gempak
17/05/2024
12:55 MYT
Pemain bass Search, Nasir Daud menganggap cadangan peminat agar nama Search dapat digunakan oleh individu-individu yang pernah berkaitan dengan kumpulan itu tidak perlu diberi perhatian.
Viral

Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

gempak
18/04/2024
02:55 MYT
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Laman Utama

Ada Duit Semua Boleh Londeh

gempak
15/10/2023
09:12 MYT
Menari di atas pentas dan akan menanggalkan pakaian sekiranya diberikan wang oleh pelanggan.
Unitar