Pelakon Lufya Omar menyatakan rasa gembira dapat melihat sahabat baiknya, Zulin Aziz akhirnya bertemu jodoh.

Menurut Lufya, segala keperitan dan kisah duka Zulin suatu ketika dahulu hilang dan digantikan dengan seribu kemanisan.

“I love u @zulinaziz . Happy sampai rasa macam nak nangis bila tengok sahabat baik kite yang akhirnya bertemu jodoh dengan seseorang yang sangat mencintainya.

“Segala keperitan, duka dan hari hujan dulu Allah gantikan dengan segala kebaikkan dan pelangi untuk dirinya.

“Alhmdulillah… Semoga bercinta sampai ke syurga. Aamin,” coretnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Untuk info, Zulin sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan, Farhan Norzaini, 35, di Masjid Negara, Kuala Lumpur, pada jam 9.20 pagi semalam.

Pasangan mempelai diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz. Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

Pada majlis akad nikah, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran RM30,000.