“Rasa Nak Pecah Dada Teringat Anak” - Baru Bersalin, Aini Sufia Mohon Doakan Anak Cepat Sihat

Mya Amri
Mei 27, 2022 07:14 MYT
Pelawak dan pelakon, Ain Sufia berkongsi perkembangan terkini anak keduanya yang dilahirkan pada 25 Mei lalu.

Menurut Ain yang juga merupakan anggota kumpulan Awok dalam program Maharaja Lawak Mega, dia amat merindui anaknya yang ditahan di wad.

“Ibu balik dulu petang tadi… Adik kena tinggal dulu. Bila ibu cakap ibu balik dulu, dia terus menangis. Padahal dia tengah tidur.

“Allah lagi rasa macam nak pecah dada ni teringat anak, rindu anak. Doa anak ibu kuat, sihat,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam perkembangan terbaharu, Aib baru sahaja memaklumkan anaknya sudah dibenarkan keluar hospital hari ini.

Difahamkan Ain terpaksa bersalin secara pembedahan atas nasihat doktor.

Ain dan suami, Mohd Nor Ab Mutalib berkahwin pada 1 Februari 2019 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Indah Nufa pada 30 Oktober 2019.

#Anak #Pelawak #Bersalin #Ain Sufia #Rindu Anak