Penyanyi dan pelakon Ezad Lazim cemas apabila anak bongsunya, Putera Muhammad Darwish mengalami kecederaan akibat dipukul kakaknya menggunakan penyangkut baju.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Ezad dia hampir pitam apabila melihat darah yang banyak di lantai rumahnya.

"Doakan adik Darwish ya ... katanya kakak dia pukul pakai hanger, adik-beradik ni selalu bergaduh.

"Memang berdarah banyak...kami yang tengok pun rasa nak pitam darah penuh kat lantai.

"Kakak dia pun menangis minta maaf kata tak sengaja pukul kuat," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Kata Ezad lagi, anak perempuannya, Puteri Rania Keisha telah memohon maaf atas tindakannya terhadap adik lelakinya itu.

"Ni kami akan bawa adik Darwish ke hospital Putrajaya. Katanya perlu jahit ....semoga dipermudahkan," tambahnya.



Ezad dan isteri, Zeana mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Rania Keisha, 8, dan Putera Muhammad Darwish, 6.