“Rasa Nak Terbakar Badan...”- Perlu Dikuarantin, Raqib Majid Positif Influenza B

Syafiqah Jalal
April 4, 2019 05:37 MYT
Penyampai radio Zayan, Raqib Majid disahkan positif Influenza B selepas mengalami demam panas beberapa hari.
Menceritakan detik-detik sebelum Raqib disahkan Indluenza B, dia memberitahu dia mengalami sakit kepala dan badannya panas seperti hendak terbakar.
“Demam dari hari jumaat lepas. Hari ahad sihat lepas tu pagi tadi menggigil. masuk konti @zayan.my rasa mcm nak terbakar badan sebab panas dalam badan. Alhamdulillah setel kerja, bos zayan suruh pegi klinik cepat-cepat sebab mata dah merah. kepala sakit sangat
“Sampai je di klinik @kumpulan_megaklinik_zahran , doc check suhu badan saya 39.7c. Saya menggigil terus. BP saya tinggi. Doc risau dan tahan saya untuk Ambil darah.
“Keluar result positif influenza B. kena kuarantin. Doc ckp 'ade sesiapa ke di Zayan kena influenza?' . Saya ckp 'ada' . Doc cakap suruh bersihkan semua meja-meja kat zayan dan mikrofon. Sebab boleh berjangkit melalui air liur dan sentuhan jugak,” tulisnya.
Raqib berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya yang berada di klinik ketika pemeriksaan dilakukan.
Raqib sudah berkahwin dengan penyanyi Tasha Manshahar.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
#Tasha Manshahar #Raqib Majid #Demam #Influenza B