Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya Ameena Sofia tiba-tiba menjerit gara-gara terkena gigitan semut.

Shakilla memberitahu ketika itu jantungnya seakan -akan mahu tercabut malah sempat berseloroh mahu bermusuh dengan satu keturunan semut.

“Rasa nak tercabut jantung masa ni. Camera girl kena gigi semut macam kena apa dah dia punya panik. Masa ni aku dah macam nak bermusuh dengan satu keturunan semut sebab gigit anak aku.


“Tapi bila fikir balik sekarang, bodoh punya fikiran, gara-gara seekor semut, seketurunan semut dapat padah,” kata Shakilla.

Rata-rata netizen turut memahami situasi Shakilla yang akan panik apabila anaknya mengalami kecederaan biarpun hanya sekadar gigitan semut.

Untuk info, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun pasangan itu berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

BACA SINI: Shakilla Khoriri Akui Khilaf Ambil Gambar Mesra Dengan Lelaki - “Saya Ada Bukti Dia Pernah…”

@shakillakhoriri

Rasa nak tercabut jantung masa ni. Camera girl kena gigi semut macam kena apa dah dia punya panic. Masa ni aku dah macam nak bermusuh dengan satu keturunan semut sebab gigit anak aku. Tapi bila fikir balik sekarang, bodoh punya fikiran, gara-gara seekor semut, seketurunan semut dapat padah. ?

♬ original sound - SHAKILLA KHORIRI