HOLLYWOOD

Rasa Nyawa Terancam, Bekas Kekasih Saman Nicolas Cage & Anak

Maliah Surip 24/02/2025 | 14:55 MYT
Bekas kekasih Nicolas Cage memfailkan saman terhadap bintang Hollywood itu dan anak lelakinya kerana berasa terancam selepas diserang pada tahun lalu.
Christina Fulton mendakwa dirinya telah diserang oleh anak aktor itu, Weston Cage tanpa dirinya melakukan sebarang provokasi.
Fulton menyifatkan Weston, 34, sebagai seorang ‘penyerang’ profesional, lapor BBC.
Menerusi saman yang difailkan, Fulton mendakwa Cage cuai untuk mengawal Weston daripada menyerangnya sehingga membuat dia mengalami gangguan emosi, kesakitan fizikal dan kesulitan ekonomi.
Pihak guaman Cage menyifatkan saman yang diberikan kepada kliennya sebagai remeh.
Pada Jun tahun lalu, Weston ditahan selepas menyerang wanita itu dan seorang individu lain dengan senjata berbahaya. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Lewat keterangan yang diberikan, Fulton mendakwa Weston menghubunginya untuk datang ke rumah sebelum diserang di parkir dan kediaman tanpa sebab. Serangan tersebut membuatkan dia mengalami trauma.
Menurutnya lagi, Cage sedar bahawa anak lelakinya mengalami masalah gangguan kesihatan mental namun tidak berbuat apa-apa sebaliknya menyewakan sebuah rumah di sebelah kediamannya dan selalu mabuk bersama.
#Anak #saman #Nyawa #Nicolas Cage #Hollywoo