Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rasa Penat Tu Berbaloi Bila Orang Appreciate Makanan Kita – Alyah Seronok Meniaga Makanan

Fiza Kamarudin
18/02/2021 08:37 MYT
Penyanyi Datin Alyah akui gembira apabila perniagaan makanan yang diusahakan disambut baik peminat dan orang ramai.

Alyah berkata, antara yang menjadi kegemaran ramai ialah karipap, bergedel dan tempe crunchy air tangannya sendiri.

“Biarpun penat, tetapi saya rasa berbaloi apabila orang appreciate makanan kita. Saya sendiri pun tak sangka ramai yang sudi rasa air tangan saya.

“Yang sebenarnya idea untuk berniaga ini muncul apabila banyak permintaan setiap kali saya buat IG live ketika memasak.

“Daripada situ juga muncul idea untuk mewujudkan ‘Dapo Cik Jah’. Alhamdulillah, rezeki ketika pandemic Covid-19,” katanya.

Tambah Alyah, dia bersyukur apabila suami, Datuk Ramli MS turut menyokong ‘Dapo Cik Jah’ dan meminta saya menjalankan bisnes ini dengan serius.

“Yang sebenarnya keluarga saya di Johor memang ada yang buka kedai makan, terima tempahan katering dan sebagainya. Saya dah biasa dan tak kekok kalau suatu hari bisnes ‘Dapo Cik Jah’ berkembang.

“Macam Tok Ram pula, dia memang pakar dalam masakan. Keluarga dia di Singapura pun cukup mahir dalam bidang ini.

“Sebab itu saya minta dia rasa dan bagi komen pada setiap masakan untuk penambahbaikan,” katanya positif.

Bagaimanapun kata Alyah buat masa ini dia hanya mampu menerima tempahan yang terhad kerana semua menu yang dijual dimasak sendiri.

“Saya masak sendiri dan tmpahan saya terima juga terhad. Macam karipap dan bergedel saya hanya buat 300 biji setiap kali tempahan dibuka.

“Itu pun saya dibantu oleh PA dan helper. Adakalanya saya terlewat hantar tempahan kepada pelanggan tetapi mereka sanggup tunggu, itu yang buat saya terharu dan lebih bersemangant kerana mereka menyokong,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alyah berkata dia kini dalam perancangan untuk merakamkan single terbaru berjudul ‘Thank You Allah’.

“Insya-Allah kalau taka da aral melintang saya nak release single tersebut pada tahun ini juga. Tapi dalam keadaan sekarang ini saya kena cari masa yang betul-betul sesuai.

“Mungkin selepas PKP tamat atau bila dah dibenarkan bekerja semula, bergantung pada keadaan,” katanya.
#Alyah #Datin Alyah #Meluruh #Dapo Cik Jah #Meniaga Makanan
;