HIBURAN
"Rasa Sakit Itu Kita Simpan, Saya Maafkan..." - Zehra Zambri
Penyanyi Zehra Zambri menegaskan tiada lagi peluang untuk kembali sebagai suami isteri bersama bekas suaminya, Nur Mohd. Iqwan Samsudin, selepas sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Rabu lalu.
Menurut Zehra, 38, keputusan itu dibuat kerana wujud perbalahan berpanjangan antara mereka sepanjang tempoh perkahwinan.
"Memang tidak akan kembali sebagai suami isteri sebab wujud shiqaq yang berpanjangan.
"Bagi saya, cukuplah saya berjuang, kasih sayang pun sudah tiada. Apa lagi nak teruskan.
Dalam masa sama, Zehra berkata dia sudah memaafkan segala perbuatan bekas suami sepanjang perkahwinan mereka. Katanya, perceraian itu juga dianggap sebagai peluang untuk membuka lembaran baharu dalam hidup."Kami tutup buku, tak mahu lagi ada kezaliman. Semua yang telah berlaku biarkan sahaja, saya nak buang jauh-jauh," katanya kepada Gempak.
"Saya maafkanlah apa sahaja yang telah berlaku dan lalui sebelum ini.
"Saya nak cari semula semangat dan diri saya yang sudah hilang sebelum ini. Insya-Allah saya akan bangkit semula," jelasnya."Rasa sakit semua itu kita simpan, jadikan pengajaran dalam hidup untuk masa akan datang.
Terdahulu, pada Mac lalu Zehra memfailkan permohonan cerai secara fast track selepas mendakwa berkorban mempertahankan rumah tangga selama tiga tahun.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum ini, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun berakhir dengan perceraian selepas enam bulan.
Manakala Mohd. Iqwan juga pernah berkahwin sebelum bernikah dengan Zehra dan mempunyai dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.
Must-Watch Video