Laman Utama

“Rasa Sedikit Tak Berkeyakinan” - Kepala Botak Depan, Que Haidar Buat 'Tanam Rambut'

gempak
Azwa Rahman
12/06/2022
08:07 MYT
Sponsor Banner
“Rasa Sedikit Tak Berkeyakinan” - Kepala Botak Depan, Que Haidar Buat 'Tanam Rambut'
Aktor terkenal Que Haidar mengambil keputusan untuk melakukan rawatan tanam rambut bagi mengatasi masalah rambut hadapannya yang semakin membotak.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, menginjak ke usia 43 tahun, dia berdepan dengan masalah keguguran rambut.
“Umur saya baru masuk 43 tahun, rambut dah mula gugur. Jadi benda tu kadang-kadang buat saya rasa sedikit tak berkeyakinan,” ujar Que.
Menerusi laman sosial Instagram, Que turut berkongsi momen sewaktu kepalanya dicukur untuk prosedur rawatan seterusnya.
Jelas doktor yang menjalankan prosedur terbabit, rambut asli Que digunakan dimana rambut pada bahagian belakang ditanam di kawasan-kawasan botak terutamanya di depan dan tengah rambut.
Di platform TikTok pula, Que memuat naik video dengan kepalanya berbalut selepas rawatan menanam rambut selesai.
Sementara itu di ruangan komen, kepala botak Que mengingatkan mereka pada wataknya sebagai Ozi Gandum di dalam filem Ophilia.
Sekadar info, Que Haidar dan isteri, Linda Jasmine, 50, telah berkahwin pada 14 Februari 2009.
Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.
Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan, hasil perkahwinan sebelum ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live