Rasa Sungguh Dihargai Suami- Fynn Jamal Terharu Terima Suprise Birthday

Syafiqah Jalal
Ogos 29, 2017 03:43 MYT
Penyanyi Fynn Jamal meluahkan rasa terharunya apabila menerima kejutan sempena hari jadi daripada suami, Tri Hadzir semalam.
Menerusi akaun Instagram, Fynn memberitahu pada mulanya dia berasa sayu kerana suaminya berlagak seperti tidak mengingati hari lahirnya.
Namun dipenghujung hari lahirnya, suaminya meminta dia bersiap untuk quik getaway bersama anaknya, Arjuna.
Tanpa rasa ragu-ragu Fynn menurutkan sahaja suaminya sehingga dia akui terkejut apabila mendapati semua keluarga dan staf butiknya sudah berada di dalam sebuah villa ketika dia membuka pintu.
Fynn akui terharu dan rasa seperti amat dihargai oleh suaminya kerana menganggap kejutan itu sangat istimewa.
Berikut merupakan foto dan kaspyen yang ditulis:
Rata-rata pengikut laman sosialnya memuji sikap suaminya yang dikatakan sangat romantik.
Fynn juga turut dihujani ucapan selamat hari lahir daripada peminatnya.
#Fynn Jamal #Suami Isteri #Suprise Birthday