Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Rasa Tak Logik, Masa Tawaf Pun Saya Dukung Maryam" - Bekas Isteri Fizo Omar Kongsi Cabaran Tunai Umrah Berdua Dengan Anak

Amri Hassan
03/02/2020 05:42 MYT
Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim meluahkan rasa syukur selepas selesai menunaikan ibadah umrah bersama anak tunggalnya, Wan Maryam minggu lalu.

Berkongsi serba sedikit cabaran membawa anak kecil untuk beribadah, kata Mawar dia dipermudahkan dengan bantuan orang sekeliling termasuk mutawifnya.

"Alhamdulillah Januari 2020 Allah panggil saya kali ini dengan membawa apa yang niat saya selama ini bersama anakanda Maryam.

"Rasa bersyukur sangat memang dah lama saat yang ditunggu-tunggu. Reward hadiah birthday Maryam juga hadiah untuk saya sendiri.

"Allah mudahkan urusan saya dengan Maryam sepanjang di sana. Maryam sangat good girl.
"Kalau difikir balik memang macam tak logik datang berdua, masa tawaf saya dukung Maryam, sebab Maryam time tu pula tak nak duduk baby carrier.

"Tapi saya dan Maryam dijaga baik dengan mutawwif dan ada keluarga baru. Saya pasti niat kita betul Allah mudahkan segala urusan," kongsi Mawar.

Semangat untuk menunaikan umrah bersama Maryam juga dikutip Mawar apabila melihat ketabahan wanita Arab yang datang bersama anak-anak kecil masing-masing.

"Kepada ibu-ibu semua jangan risau kalau nak bawa anak-anak kecil, apa yang membuatkan saya semangat, selalu tengok perempuan Arab semua bawa anak-anak kecil, sambil solat letak anak dekat tepi saja. Kekuatan mereka saya pelajari.

"Yang pasti stroller sangat penting ya, cuma bersedia dari fizikal dan mental Insya-Allah Allah mudahkan segala urusan," tambahnya.

Dalam entri sama, Mawar mengimbas kembali kenangan menunaikan umrah dari tahun 2015 ketika masih belum dikurniakan cahaya mata.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 telah bercerai talak satu pada 10 Julai 2019.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam, yang kini berusia tiga tahun.
#Fizo Omar #Umrah #Mawar Karim
;