Pelakon Azhan Rani mengambil keputusan untuk melakukan ujian calit (swab test) Covid-19 buat kali ketiga demi memuaskan hati sendiri.

Menurut Azhan, dia berasa tidak sedap hati selepas beberapa rakan sekerja disahkan positif Covid-19.

Azhan yang kini sedang menjalani penggambaran di Melaka berkata, dia bergegas mencari klinik dan bersyukur kerana salah sebuah klinik menerimanya sebagai pesakit terakhir.

“Walaupun ini swab test kali ketiga tapi kali ni sedikit berdebar nak buat memandangkan ada beberapa rakan kerja sebelum ni kecundang dengan keputusan swab test ni.

Atas rasa tak sedap hati dan nak puaskan hati malam ni juga gagah mencari mana-mana klinik di Melaka ni yang boleh buat swab test. Syukur Dr farhana dari poliklinik Fasha, Bukit Beruang sanggup tunggu saya sebagai patient terakhir hari ni,” katanya.

Pelakon KL Gangster Underworld ini bersyukur kerana keputusan ujian calitan pernafasan/hidung dilaporkan negatif.

Dalam pada itu Azhan turut mendoakan sahabat-sahabatnya yang sedang menjalani kuarantin sembuh seperti sedia kala dan bertenang menghadapi dugaan ini.

“Dengan izin Allah yang Maha Penyayang results yang keluar juga negative. Syukur atas izin Allah ini.

“Doa saya untuk rakan-rakan yang sedang dalam kuarantin juga cepat sembuh. Semoga kita juga sama-sama lebih tenang berdepan dengan masalah ni.

“Tak ada sesiapa yang mahu dijangkiti dan berjaga macam mana pun kalau dah takdirnya kita kadang-kadang tak upaya nak kawal orang yang kita berselisih atau jumpa.

“Andai ada kenalan dan keluarga yang terkena hadapi dengan tenang. Jangan dipandang sebagai musuh.

“Dalam tempoh kuarantin dan kawalan KKM pun Inshaallah ramai je yang mampu sembuh. Doakan mereka sihat dan kita dijauhkan.

“Setahun lebih bersama Corona ni seharusnya buat kita sudah matang. Inshaallah. Doakan juga perjalanan mencari rezeki saya di Melaka bersama-sama team Keluarga Untuk Disewa dan Eleven Field Creative dipermudahkan dan dilindungi Allah SWT,” luah Azhan.

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)