Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Rasa Tak Selamat" - Ahirine Ahiruddin Takut Nak Keluar Rumah Sebab ...

Syafiqah Jalal
31/08/2023 01:34 MYT
Pelakon Ahirine Ahirudin mendedahkan dirinya sering diekori dan dihendap seorang lelaki yang membuat kegiatakan 'stalker' sejak beberapa bulan lalu.

Menurut aktres berusia 27 tahun itu, dia mengenali individu tersebut namun tidak menyangka persahabatan mereka disalah anggap sehingga mencetuskan rasa 'gila bayang' terhadapnya.

"Saya sudah mengenali dia tiga tahun lalu tetapi 'kegiatan' menghendap semakin membimbangkan sejak beberapa bulan lalu.

"Dia tahu alamat rumah saya malah pernah beberapa kali muncul di beberapa lokasi saya berada.

"Namun buat masa sekarang saya tidak membuat sebarang laporan polis sebab ingin selesaikan secara baik," katanya kepada Gempak selepas sidang akhbar filem Tebus di sini, semalam.

Katanya, perkara tersebut membuatkan dia takut untuk keluar bersendiri kerana berasa diekori oleh individu tersebut.

"Ya, takut juga nak keluar seorang diri sebab rasa ada mata-mata yang memerhati.

"Jadi, rasa tak selamat. Walaupun saya ada seni mempertahankan diri Muay Thai pun tak cukup untuk melawan jika berlaku apa-apa," jelasnya yang tidak 'memasang' pengawal peribadi buat masa ini.

Mengulas lanjut, selain mengekori, individu tersebut turut menganggu bintang filem Remp-It 2 itu dalam media sosial.

Ujar Ahirine, individu tersebut kerap salah faham dengan setiap hantaran yang dimuat naik kerana merasakan ditujukan kepadanya.

"Disebabkan dia, saya perlu berhati-hati untuk berkongsi apa sahaja dalam media sosial. Dia selalu 'perasan' saya kongsi sesuatu untuk dia sedangkan tidak.

"Kalau saya sekat akaun pun tiada guna sebab dia akan muncul dengan akaun yang baharu. Mungkin perlu tukar mod akaun Instagram kepada privasi selepas ini," ujarnya.

Selain Ahirinie, filem Tebus yang akan ditayangkan pada 31 Ogos ini di platform penstrimen digital, Amazon Prime turut dibintangi oleh Aedy Ashraf, Azhan Rani, Jay Iswazir dan ramai lagi.

;