Laman Utama

“Rasa Takut Tu Tuhan Je Tahu”- PU Amin Kongsi Pengalaman Mendebarkan Gempa Bumi Di Turkiye

gempak
Syafiqah Jalal
22/02/2023
04:51 MYT
Sponsor Banner
“Rasa Takut Tu Tuhan Je Tahu”- PU Amin Kongsi Pengalaman Mendebarkan Gempa Bumi Di Turkiye
Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi pengalaman mendebarkan saat berlakunya gempa bumi kedua ketika berada di Turkiye baru-baru ini.
Kata PU Amin ketakutan yang dirasai itu tak dapat digambarkan dan hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Dapat rasa pengalaman gegaran gempa bumi. Rasa takut tu Tuhan je tahu. Semua berlari keluar cari tempat selamat.
“Malam semalam gegaran kedua terbesar. Team kami sempat selamatkan diri. Moga Allah lindungi kita semua.
“Tak sangka gegaran ini kembali lagi. Rasa terbuai, rasa berombak. Itulah situasinya,” ceritanya.
PU Amin berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan PU Amin berada di sana bersama kumpulan Misi Gempa Bumi Iman Care 2.0
Pendakwah bebas itu turut memohon agar semua yang datang ke misi itu selamat dan berjaya menyelesaikan urusan mereka di sana.
“Mohon doa kalian agar kejadian ini tak berulang lagi. Pada Allah kita berserah.
“Mohon doa semua agar misi gempa bumi @imancare2.0 berjaya,” pintanya.
Dilaporkan gempa bumi kedua itu melanda wilayah sempadan Turkiye-Syria pada Selasa.
Gempa kali ini berlaku hanya dua minggu selepas kawasan itu musnah akibat gegaran lebih kuat yang mengorbankan lebih 47,000 orang dan merosakkan serta memusnahkan ratusan ribu kediaman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live