Gaya Hidup
Rasai Pengalaman Work From Hotel Yang Sangat Selesa Di The Chow Kit - an Ormond Hotel!
Trend bekerja dari hotel kini semakin mendapat sambutan dalam masyarakat terutamanya yang tinggal di ibu kota.
Kepada anda yang masih tercari-cari hotel manakah yang sesuai untuk anda meluangkan masa seharian menyiapkan kerja dan segala tugasan, ini jawapannya!
The Chow Kit - an Ormond Hotel
Baru-baru ini, Gempak berpeluang meluangkan masa di The Chow Kit - an Ormond Hotel untuk merasai pengalaman trend bekerja dari hotel yang sedang popular.
Dengan pakej Work From Hotel yang hanya berharga RM30, anda berpeluang untuk bekerja di The Chow Kit Kitchen & Bar dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam ditemani kopi pilihan yang boleh dipesan secara percuma tanpa had!
Selain itu, anda juga akan menikmati diskaun 30 peratus untuk bil makanan dan minuman yang dipesan dari menu Ala Carte yang semuanya enak belaka.
Jika anda mahukan sesuatu yang bukan dari menu Ala Carte, diskaun 30 peratus tersebut tidak terpakai, namun tidak mengapa kerana harga makanan di sini sangatlah berpatutan dan rasanya pula menepati citarasa rakyat Malaysia.
The Chow Kit Kitchen & Bar
Gempak mencuba set hidangan makan tengahari A Taste Of Chow Kit yang menyajikan tiga pilihan lauk, dua pilihan makanan laut, serta dua pilihan sayuran bersama nasi ulam dalam satu dulang besar.
Tiga lauk pilihan kami adalah Ayam Kampung Gemas, Kambing Kuzi dan Daging Salai Masak. Rasa ketiga-tiga masakan ini sangat original dan sesuai buat mereka yang menggemari makanan tempatan.
Untuk pilihan makanan laut pula, kami mencuba Botok Botok Ikan dan Ikan Asam Pedas, kedua-duanya melengkapkan lagi keenakan hidangan makan tengahari kami pada hari itu.
Pucuk Paku dan Kacang Botol pula menjadi pilihan kami untuk sayur-sayuran. Kedua-dua menu ini betul-betul mengingatkan kami tentang momen ketika pulang ke kampung halaman kerana rasa masakannya yang begitu authentic!
Set makan tengahari ini hanya berharga RM130 dan boleh dinikmati oleh dua atau tiga orang (bukan menu Ala Carte).
Set A Taste Of Chow Kit
Usai menikmati makan tengahari, sebelum menyambung segala tugasan kerja pada hari itu, kami sempat menikmati tiga pilihan pencuci mulut iaitu Appam Balik (RM15), Bubur Chacha Pulut Hitam (RM22) dan Musang King Custard (RM28). Hidangan pencuci mulut ini adalah terpakai untuk diskaun 30 peratus yang ditawarkan.
Ketiga-tiga pencuci mulut ini sangat enak, memberi kepuasan sebagai penutup makan tengah hari dan membangkitkan mood untuk terus sambung bekerja. Musang King Custard is to die for!
Jika anda tidak mahu pulang ke rumah selepas waktu bekerja, anda boleh terus menginap di hotel ini kerana pakej Work From Hotel ini turut menawarkan diskaun 30 peratus untuk setiap bilik (kecuali The Tow Kay Soh Suite). Semua bilik di The Chow Kit ini mempunyai rekaan cantik dan Instagrammable!
Tow Kay Suite
Selain itu, jika anda tidak mahu bermalam di hotel ini, tetapi perlukan lebih privasi dan suasana relaks ketika bekerja, anda boleh menggunakan bilik hotel dengan pakej penggunaan siang hari (day use) pada harga bermula RM99 sahaja. Apa yang perlu dilakukan, tunjukkan resit atau bukti anda membayar pakej Work From Hotel di meja hadapan, kemudian pekerja mereka akan memberikan penerangan kepada anda.
Namun, penggunaan bilik secara day use atau penginapan bermalam tidaklah wajib dalam pakej Work From Hotel yang ditawarkan, ia bergantung kepada pilihan anda.
Akhir kata, pakej Work From Hotel yang ditawarkan oleh The Chow Kit - an Ormond Hotel ini sangat berpatutan dan memberi keselesaan kepada semua yang datang bekerja di sini. Layanan yang diberikan oleh semua staf mereka juga sangat baik dan mesra, jadi apa tunggu lagi?
Apa yang penting, pematuhan SOP di hotel ini terkawal dengan baik dari segi kebersihan, penjarakan sosial dan sebagainya, jadi apa tunggu lagi? Let's work from hotel!
Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan menu di restoran atau bilik hotel, sila layari thechowkit.com