Diadaptasi daripada kisah urban legend sebenar, tidak hairan mengapa Death Whisperer meraih kutipan pecah panggung atau 'box office' di negaranya, Thailand.

Filem ini memegang rekod kutipan tiket THB475 juta (RM64 juta), sepanjang ditayangkan dan kini Death Whisperer, mula 'menghantui' pawagam tempatan.

Menjadi satu satunya filem Thai yang ditayangkan dalam IMAX dengan Laser, menggabungkan imej tayang 4K Laser sejernih kristal dengan sistem bunyi termaju IMAX, ini pengalaman yang akan dilalui oleh penonton.



Anda akan berasa roh yang sedang meliar di dalam Death Whisperer benar-benar wujud di sekeliling! Dengan teknologi terkini tersebut juga anda berpeluang berasa seram ke tahap seterusnya dengan pengalaman sinematik yang paling maju, dikuasai semula khas dalam teknologi DMR (Digital Re-Mastering) proprietari IMAX.

Death Whisperer dibintangi oleh Nadech Kugimiya, Mim Rattanawadee Wongthong, Denis Jelilcha Kapaun, Junior Kajbhunditt Jaidee, Friend Peerakrit Phacharaboonyakiat dan Nina Nutthatcha Padovan, bersama dengan Fresh Arisara Wongchalee dan Ply Pramer Noiam.

Diarahkan oleh Kui Taweewat Wantha dan Penerbit Eksekutif Pap Narit Yuwaboon, ia mengisahkan tentang pertemuan mengerikan sebuah keluarga dengan roh syaitan yang merasuk anak perempuan mereka dan menyebabkan kematian misteri, memaksa adik-beradik itu mengambil langkah melampau untuk menghentikan kehadiran jahat yang menghantui kampung mereka.



Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan terpencil di Thailand di mana seorang gadis muda mati secara misteri selepas mendengar nyanyian “Tee Yod” yang menyeramkan.

Bertahun-tahun kemudian, sebuah keluarga digeruni oleh roh jahat yang sama merasuk tubuh anak perempuan mereka Yam. Abangnya Yak meminta bantuan daripada ahli sihir untuk melakukan ritual untuk menghalau syaitan.

Selepas perjalanan berbahaya untuk membawa Yam ke hospital, Yak terpaksa menembak adiknya untuk menghalau roh yang keluar dari mulutnya.

Berita Trending: Aziz Harun Ulas Isu Ramai Wanita Simpan Gambar Passportnya Dalam Dompet – “ It’s Just Harmless Picture”


Di hospital, syaitan itu merasuki Yam sekali lagi dalam bentuk kucing hitam. Yam mati ngeri, tetapi roh jahat masih menghantui keluarga. Yak berikrar membalas dendam terhadap kuasa jahat purba yang melanda kampung itu.

Death Whisperer telah ditayangkan pada 4 Januari 2024 ini ke IMAX dan skrin standard berhampiran anda.