Hiburan
"Rasanya Dia Pernah Ceritalah Yang Kotak Suara Dia Rosak.." - Netizen Terkejut Dengar Perbezaan Suara Ain Edruce
Sepotong video milik pengacara dan pelakon Ain Edruce, 29, semasa mengacara program, Girls Only Show tular di laman Twitter.
Menerusi pemerhatian Gempak, rakaman tersebut dilakukan ketika Ain berumur 23 tahun.
"OMG lainnya suara dia dulu. Kesian," tulis seorang pengguna yang dikenali dengan Jihaa Najwa.
Video terbabit telah menjadi perbualan netizen yang rata-ratanya terkejut mendengar 'tone' suara Ain yang berbeza dengan sekarang.
Selain itu, ada juga yang mendedahkan Ain pernah berkongsi cerita yang dia mengalami masalah kotak suara dan oleh sebab itu, vokalnya berubah menjadi serak.
"Macam mana suara awak yang sekarang berbeza? Tapi masih suka dengar juga yang serak basah tu.
"Kenapa sekarang suara Ain serak?
"Macam mana boleh tetiba bertukar suara? Mati-mati ingat dalam video tu adalah Bella Astillah.
"Tak ingat dalam rancangan apa tapi dia cerita sambil nangis dia demam batuk teruk sampai tak ada suara lepas tu sampai sekarang macam tu. Dia sedih sebab dulu dia boleh menyanyi tapi sekarang tak boleh.
"Rasanya dia pernah ceritalah yang kotak suara dia rosak. I ada tertengok dekat YouTube. Tapi dah lupa tajuk dia apa," antara komen-komen netizen.
Dalam pada itu, pemilik nama Nurulain Edruce tampil meninggalkan komen dengan menyatakan dirinya rindu dengan suara yang dulu.
"Ya. Ni suara aku yang dulu. Rindu hmmmmmm," tulisnya.
Video yang dikongsikan pada 19 Januari lalu telah mendapat lebih 9,000 retweet dan 16,000 likes.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.