Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Rasanya Dia Stalked Wish List…” – Norman Hakim Speechless, Tak Sangka Memey Surprise Hadiahkan ‘Gym’

Mya Amri
24/08/2021 03:44 MYT
Pelakon Memey Suhaiza membuat kejutan dengan menghadiahkan peralatan senaman buat suami tercinta, Norman Hakim.

Menurut Memey, sebagai seorang isteri dia sentiasa memberikan sokongan terhadap apa jua minat suaminya termasuklah dari segi senaman.

“Bila berpasangan… Kita support apa yang dia suka. Perkahwinan bukan halangan untuk hentikan apa hobi / kesukaan partner kan?

“Biar dia rasa selesa, seronok tak ada halangan… Untuk papa @normanhakim_786 hobi dia memang fitness.

“Sehari dua tak senaman dia akan gigil. Mulalah nak demam haha. Dapat bersenam walau 30 minit je pun hilang semua rasa penat. Tapi dia selalu berjam-jam pun sanggup, tu jiwa dia.

“Kalau mummy… Sehari bersenam mummy yang gigil demam. Kita orang terbalik… Perwatakan berbeza.

“Tapi kita support each other, meraikan minat masing-masing dengan cara tersendiri supaya pasangan kita rasa selesa / gembira selalu.

“Rasa kita bukan halangan untuk dia rasa tersekat dengan segala hobi yang dia suka. Tapi dengan syarat masing-masig tahu tanggungjawab masing-masing sudah. Love you @normanhakim_786,” tulisnya.

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)


Dalam pada itu, aktor Norman Hakim pula tidak dapat menyembunyikan kegembiraan sebaik sahaja menerima hadiah daripada isteri kesayangannya.

Menerusi hantaran di akaun Instagram, Norman telah memuat naik rakaman yang menunjukkan dirinya tersenyum dan terus mencuba peralatan tersebut dengan teruja.

“Satu perasaan yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Benda ni memang dah lama dalam wish list saya.

“Tapi saya sejenis selagi apa yang boleh kita pakai, selagi boleh lenjan buat squat ke, biceps ke, triceps ke, saya lenjan. Tak suka bazir-bazir.

“Rasanya wifey @memeysuhaiza stalked wish list@things to do kat iphone note saya ni, tu yang dia order sebijik-sebijik.

“Terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bahagi awak. Dah la prepared healthy meals tiap-tiap hari. Tu pun tak terbalas terima kasih, ditambah lagi dengan gadget-gadget ni.

“Lepas ni kalau badan makin ketak, faham-faham sendiri la. Lepas ni kita bersenam sama-sama okay. Hahaha pasti dia terus lari start engine pergi shopping,” coretnya.

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)


#Memey Suhaiza #Norman Hakim #Workout #Fitness #Senaman #Gym #Surprise #Peralatan Senaman
;