Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rashid Sidek Bersama MILO Bantu Golongan Memerlukan, Hasil Jualan 10,000 Pek Bantu Keluarga B40

Shahrin Zulkifle
08/02/2023 12:00 MYT

Lagenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek bersedia berkongsi pengalamanya dalam sukan tersebut kepada generasi muda.

Kata Rashid, generasi masa kini yang meminati sukan tersebut layak menerima ilmu daripadanya selain merasa gembira melihat ramai anak muda yang menjadikan badminton sebagai sukan pilihan.

Rashid Sidek kongsi ilmu

"Sudah tiba masanya untuk saya kongsikan segala kemahiran dan nilai positif yang diperolehi sepanjang menjadi pemain badminton kepada generasi seterusnya.

“Semakin hari kita lihat ramai anak muda yang sudah menunjukkan minat mereka kepada sukan badminton, jadi tidak salah untuk mereka didedahkan dengan ilmu dan perkongsian yang saya ada selama ini,” katanya.

Rashid berkata demikian usai dia merasmikan acara Charity At Heart anjuran produk terkenal MILO yang mana dia juga merupakan duta MILO HI-FIBRE yang bertempat di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Charity At Heart bersama MILO

Berlatarbelakangkan Pokok Kemakmuran (Tree of Prosperity) setinggi 12 kaki di Pavilion Bukit Jalil, acara Charity At Heart telah berjaya dilancarkan menerusi kolaborasi MILO dan Pavilion Bukit Jalil dalam menyambut tahun baharu.

Sebanyak 10,000 pek MILO HI-FIBRE telah disediakan di Pavilion Bukit Jalil Pink Zone yang boleh dibeli oleh orang ramai pada harga istimewa iaitu RM8, manakala semua hasil pembelian akan disumbangkan kepada badan amal.

Andrew Yoon, Pengurus Pemasaran Pengguna - MILO Business Unit, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, pihaknya sangat berbesar hati untuk memberikan sumbangan kepada orang ramai.

"Kami berbesar hati kerana MILO HI-FIBRE dapat memberi sumbangan terhadap tujuan yang baik dan terus membekalkan tenaga kepada orang ramai untuk menyemarakkan gaya hidup aktif mereka pada tahun baharu ini.

“Jenama kami sentiasa komited dalam mengutamakan pengguna, MILO HI-FIBRE terhasil daripada inovasi berterusan dan sokongan kami terhadap gaya hidup aktif rakyat Malaysia.

“Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berani terus melangkah ke hadapan dengan tenaga MILO HI-FIBRE," ujarnya

MILO penuh khasiat

MILO HI-FIBRE, yang memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat mengikut panduan Kementerian Kesihatan Malaysia, mengandungi khasiat tambahan daripada kandungan serat yang lebih tinggi dan hanya lebih kurang setengah sudu kecil gula (sukrosa) setiap hidangan.

Sungguhpun dengan gabungan baharu ini, rakyat Malaysia tetap dapat menikmati rasa ikonik MILO kegemaran mereka dengan kebaikan barli malt, susu dan koko kegemaran Malaysia dengan 6 vitamin dan 3 mineral penting.

Acara Charity At Heart itu dirasmikan oleh legenda badminton negara dan duta MILO HI-FIBRE, Datuk Rashid Sidek, di samping seratus keluarga B40 yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dari seluruh Lembah Klang.

Mereka dapat merasai keseronokkan menerusi beberapa sei badminton yang turut diadakan, terima kasih kepada pihak Absolute Protech Sports (M) Sdn. Bhd. atas kesudian menaja raket badminton bagi acara amal ini.

MILO sokong bakat muda dalam badminton

Pembangunan bakat muda dalam sukan di Malaysia disokong dengan inisiatif penganjuran Klinik Juara MILO yang akan dilancarkan pada Mac ini.

MILO percaya bahawa, sukan dapat membentuk karakter dan nilai kehidupan dalam diri kanak-kanak yang penting untuk kejayaan sepanjang hayat. Klinik Juara MILO, yang bermula pada 2015, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar dan merasai sendiri pengalaman bersukan but kali pertama dalam persekitaran yang menyeronokkan, berpatutan dan selamat di bawah bimbingan jurulatih yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan MILO® HI-FIBRE, layari https://www.milo.com.my/milo-hi fibre . Didatangkan dalam dalam dua format - pek lembut 900g dan stik pek 30g (12 stilk pek setiap bungkusan) - MILO HI-FIBRE boleh didapati di kedai-kedai berhampiran atau secara atas talian melalui laman e-dagang pilihan anda.

#Milo #Golongan B40 #Rashid Sidek #Bantuan Amal #MILO HI-FIBRE
;