Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rashidi Ishak Kagumi Bakat Lakonan Umar Shakur Dalam Kerana Korona!

Asraf Aided
03/02/2021 11:20 MYT
Filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Kerana Korona telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) mulai 21 Januari lalu.

Seperti diketahui umum, filem ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air, antaranya Rashidi Ishak.

Ketika ditemu bual Gempak baru-baru ini, Rashidi akui filem ini menggandingkannya bersama pelakon-pelakon yang dihormati.

"Filem ini menampilkan gabungan pelakon yang sangat saya hormati, semuanya profesional.

"Bukan sahaja yang senior, malah adik kita, Umar Shakur yang memegang watak Bob dalam filem ini juga, sangat saya kagumi bakatnya," kata Rashidi.

Dalam pada itu, Rashidi tidak lupa menyarankan orang ramai untuk menonton Kerana Korona kerana ia sangat berkait rapat dengan situasi pandemik ketika ini.

"Filem ini sangat berkait rapat dengan situasi kita yang masih berhadapan pandemik COVID-19 dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini," katanya lagi.

Kerana Korona mengisahkan tiga cerita yang mempunyai pertalian, ia membawa penonton lebih menghayati nilai murni serta melihat dari sudut positif di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bukan itu sahaja, bagi babak di kampung yang ditonjolkan, mesej yang cuba disampaikan adalah apabila terjadi PKP ia membuatkan masyarakat Malaysia lebih bersatu membantu antara satu sama lain agar dapat sama-sama meneruskan perjuangan dalam waktu getir.

Selain Rashidi, Kerana Korona turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Rita Rudaini, Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

#Filem #Rashidi Ishak #Kerana Korona
;