Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis

Maliah Surip
04/05/2024 04:50 MYT
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.

Diketahui, Teuku Ryan sebelum ini enggan menceraikan Ria Ricis meski didesak wanita itu sejak Januari 2024.

BERITA TRENDING: Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat

Namun keduanya mencapai kata sepakat dengan bercerai. Teuku Ryan menceraikan Ria Ricis dengan talak satu dan disahkan oleh majlis hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan secara atas talian.

Setelah bercerai, Teuku Ryan akan membayar nafkah sebanyak RM3,000 buat anak mereka. Ria Ricis telah mendapat hak asuh anak.

Sebelum ini kisah penceraian pasangan selebriti muda tersebut mencuri perhatian antaranya kerana bapa Teuku Ryan mengaku dihubungi menantunya yang mengadu lelaki tersebut lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan daripada menemaninya semasa proses kehamilan.

Ria Ricis dan Teuku Ryan menikah pada 12 November 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Cut Raifa Aramoana.
#Anak #cerai #Indonesia #Ria Ricis #Hak #Teuku Ryan #Asuh