Sebut saja tentang James Bond, pasti sudah terbayang figura seorang jejaka tampan memakai sut yang lincah sebagai ejen perisikan.

Hakikatnya, James Bond atau ejen 007 sudah menjadi watak ikonik yang dikagumi seluruh dunia.

Malah, sejak mula diterbitkan pada 1963, filem James Bond dikatakan sudah mempunyai lebih 25 francais termasuk satu dokumentari.

Namun, tahukah anda terdapat lima filem James Bond yang meraih skor tertinggi di laman web Rotten Tomatoes?

Jika anda tertanya-tanya apakah lima filem berkenaan, berikut merupakan senarainya.

#5 SKYFALL (2012) 92%

Gandingan Daniel Craig dan Judi Dench menjadikan filem ini begitu ikonik.

Malah, Skyfill boleh dikatakan antara yang terbaik pernah dihasilkan sejak Daniel Craig mengambil alih kedudukan sebagai 007.

Filem arahan Sam Mendes ini meraih 92 peratus berdasarkan Rotten Tomatoes.

#4 CASINO ROYALE (2006) - 94%

Meraih skor sebanyak 94 peratus saja sudah cukup membuktikan filem ini bukan sebarangan!

Ketika ini, Daniel Craig telah mendapat pujian ramai kerana berjaya membawa watak James Bond yang lebih segar dan sedikit berlainan.

Filem ini diarahkan Martin Campbell.

#3 DR. NO (1962) - 95%

Tahukah anda, filem Dr. No merupakan karya pertama yang ‘melahirkan’ watak James Bond atau Agent 007?

Filem ini dibintangi oleh pelakon ‘original’ mereka iaitu Sean Connery.

Dr. No meraih 95 peratus dan diarahkan oleh Terence Young.

#2 FROM RUSSIA WITH LOVE (1963) - 95%


Biarpun diterbitkan pada tahun 60-an, namun ia dianggap antara filem James Bond yang bagus dari segi aksinya.

Filem ini sangat cemerlang dan meraih 95 peratus skor oleh Rotten Tomatoes.

Anda wajib tonton filem ini!

#1 GOLDFINGER (1964) - 99%


Hebat bukan? Hampir meraih 100 peratus, sekali gus menjadi filem James Bond dengan skor paling tinggi menurut Rotten Tomatoes.

Filem Goldfinger antara variasi James Bond yang menampilkan pelbagai gajet canggih sehingga ia menjadi ‘trademark’ francais ikonik ini.

Apapun Sean Connery sebagai Bond ketika ini cukup sempurna!

Tapi ini hanyalah sebahagian saja filem James Bond yang dihasilkan.

Sebenarnya karya James Bond mempunyai lebih daripada 25 filem dan jika anda mahu menonton, Astro kini membawa seleksi ini secara eksklusif!

Saksikan di Saluran 407 atau strim On Demand menerusi Ultra Box dan Astro GO. (Percuma untuk pelanggan Pek Movies).

Berikut merupakan senarai filem James Bond termasuk satu dokumentari!


Untuk makluman lanjut sila layari https://content.astro.com.my/