Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Rating Jatuh, Peminat Merungut Penerbit Baru Running Man Membosankan

Ahmad Shah 26/04/2016 | 08:08 MYT

Penonton setia rancangan variasi popular Running Man mula meluahkan rasa bosan setelah menonton episod istimewa berjudul ‘I Miss You, I Love You’ yang bersiaran baru-baru ini.

Malah peminat Running Man sendiri telah melabelkan episod tersebut adalah antara yang terburuk pernah ditonton oleh mereka.
Melihat kepada komen-komen yang diberikan, rata-rata peminat menyalahkan penerbit baru Running Man, Kim Joo Hyung kerana ada segmen yang hampir sama berulang sejak dia mengambil alih program tersebut.
Segmen yang dimaksudkan ialah luahan hati di mana tujuh anggota Running Man iaitu Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Ha Ha, Kang Gary, Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo ditempatkan dalam sebuah bilik.
Mereka kemudiannya dikehendaki membacakan surat minta maaf yang ditulis oleh mereka secara berdepan.
Sebelum ini, segmen yang hampir sama juga turut diperkenalkan dalam episod ‘Running Man Q & A’ sewaktu penerbit baru itu mula mengambil alih tugasan tersebut.
Nama Kim Joo Hyung juga mula menjadi perbualan hangat dikalangan peminat Running Man lebih-lebih lagi apabila dia dilihat mula mengubah format asal sekaligus membuatkan rancangan tersebut hilang daya tarikannya.
Dalam pada itu, menurut laporan Nielsen Korea TV Audience Measurement, Running Man telah mencatatkan kadar rating yang agak rendah dan berada di kedudukan terakhir berbanding lima program variasi yang lain seperti ‘2 Days and 1 Night’.
Berikut merupakan beberapa komen luahan hati peminat setia Running Man:
Sumber: Soompi, Allkpop

#Song Ji Hyo #Lee Kwangsoo #Running Man #Kang Gary #Yoo Jae Suk #Kim Jong Kook #Ha Ha #Ji Suk Jin #Kang Gary #Running Man
;